Jumaat, 11 Jun 2010

Malam ini bermulalah judi bolasepak 2010

Mau tak mau malam ini peminat bolasepak di seluruh dunia tidak akan berganjak daripada mengadap televisyen untuk melihat aksi bintang bolasepak bertaraf dunia yang mereka minati.Perlawanan pembukaan antara Mexico menentang tuan rumah Afrika Selatan jam 10 malam ini waktu Malaysia.

Dalam masa yang sama bermulalah juga kaki judi dan bookie bolasepak untuk bertaruh siapa yang akan menang dalam perlawanan yang diadakan. Menteri Kewangan Malaysia, PM Najib telah meluluskan judi bolasepak 2010 walaupun selepas itu kata lesen belum diluluskan. Lulus tak lulus judi bola akan bermula malam ini.

Ketakutan dan pengecutnya Menteri Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom yang jaga Hal Ehwal Agama Islam terserlah apabila batalkan sidang akhbar isu judi bola yang diluluskan Najib. Ya la nak cakap apa Jamil isu Judi Bola sedangkan PM Najib pun tak berani nak kata apa . Taukeh judi Vincent Tan awal-awal lagi dah berkira-kira nak derma duit untung judi bola sebanyak RM525 juta.Ulama-ulama kerajaan Umno-Bn pun tak kata apa isu judi bola...bisu sebisunya..

Aku hanya nak tengok bola...

1 ulasan:

  1. Salam...
    jgn sampai Allah bisukan mulut dr berkata2 sudahle...amal ma'ruf nahi mungkar..wawahua'lam

    BalasPadam