Jumaat, 11 Jun 2010

Awat sidang media judi Jamil tak jadi?


Lapor malaysiakini Sidang akhbar jelas isu lesen judi dibatalkan ;

Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir.

Malaysiakini difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan.

"Perdana menteri sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan membuat penjelasan tersebut hari ini.

Beliau hadir hari ini bagi menghadiri upacara perasmian masjid ini, yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.-Malaysiakini

Berkaitan;
'Judi bola tanda kerajaan muflis idea ekonomi'-Malaysiakini

2 ulasan:

  1. Salam...
    blh plak cam tu???npe dr mula lg xminta PM Najib jek yg bt penjelasan...ni nak main pusing2 plak...pi mai pi mai tang tu jgk la isu ni...wawahua'lam

    BalasPadam
  2. Tak dapa petunjuk dari apco le tu...

    BalasPadam