Selasa, 8 Jun 2010

Najib 'Bom' Atau Berjaya 'Bom'?

Kementerian Kewangan kata lesen judi bola belum dikeluarkan. Tapi Taukeh judi Vincent Tan kata hasil untung judi RM bola akan didermakan. Judi bola dah lulus cuma lesen belum dapat itu mungkin benarnya. Hari ini keluar pulak berita dalam Malaysiakini Judi :Siapa berbohong -Najib atau BERJAYA? melaporkan;

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.-Malaysiakini.

Rakyat cuba digula-gulakan dengan isu Zionis Israel yang menunjukkan keperihatinan Umno-Bn dengan memakai mafla Palestine sambut sukarelawan Gaza tapi kita jangan lupa pertaruhan judi bolasepak yang dapat sambutan hebat pemimpin Umno, terutamanya sepupu Najib, Hishamuddin Hussein yang pertahankan judi bola. Buat pemimpin Umno rakyat Malaysia memang minat bola, gila bola tapi bukan gila judi!

Seorang penceramah Pas yang mahu keluar berceramah bila tengok Najib dan bininya pakai mafla Palestine dalam tv tak jadi nak pakai mafla Palestine untuk keluar berceramah. Pasai apa? Pikiaq la sendiri!

Baca juga;
Lesen judi sukan:Akar umbi Umno mulai gelisah-Malaysiakini
GMJ:50% kempen anti judi berjaya-Malaysiakini
Kecam Zionis:Jangan lihat Najib sebagai juara.-Harakahdaily
Muktamar Pemuda Pas bahas usul mansuh judi-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Salam..
    da memang peragai depa lagu tu...bermuka2...slh satu sifat org2 munafiq..mga Allah beri mereka taufiq hidayah..amin

    BalasPadam