Mengulas kenyataan Najib itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kemungkinan PRU ke-13 akan berlaku serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak awal tahun hadapan.
"Ini petanda bahawa PRU ke-13 akan dibuat awal sebelum tempoh asal tamat.
"Saya jangka dibuat pada awal tahun 2011 bersekali dengan pilihan raya negeri Sarawak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Ditanya asas kepada jangkaan itu beliau menjelaskan, Umno kini mengetahui angin perubahan sedang berlaku di Sarawak di mana rakyatnya kini mula beralih menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN.
Jika Umno ditakdirkan kalah pada pilihan raya Sarawak katanya, sudah tentu akan memberi kesan besar kepada pengundi di Semenanjung dalam pilihan raya umum nanti.
Jelasnya, oleh kerana Sarawak adalah talian hayat Umno BN, maka mereka akan cuba menyekat penumpuan Pakatan Rakyat di Sarawak dengan mengumumkan pilihan raya serentak.
"Umno tahu Pakatan Rakyat mampu tumbangkan mereka di Sarawak pada pilihan raya negeri itu nanti berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Sibu.
"Mereka akan berisiko jika mengadakan pilihan raya Sarawak berasingan dengan pilihan raya umum kerana Pakatan Rakyat akan tertumpu di Sarawak.
Berbeza jika kedua-dua pilihan raya diadakan serentak, maka katanya tumpuan Pakatan Rakyat akan dibahagikan ke seluruh kawasan di seluruh negara.
Najib semalam ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya berkata, tarikh PRU ke-13 yang akan diumumkannya akan mengejutkan semua pihak.
PAS melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali pada Mei lalu juga, pernah mengemukakan jangkaan bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada April 2011 berserentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.
Sementara itu, PAS akan melancarkan Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS) pada 20 Jun ini di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali ke arah persediaan menghadapi PRU ke-13.
Semua pemimpin utama PAS bermula dari Ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat hinggalah Pengarah Majlis Tindakan Dun dan jentera pilihan raya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan berkumpul pada majlis itu yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
ILPAS ditubuhkan oleh Jabatan pilihan raya PAS Pusat untuk memberikan latihan pengendalian kempen pilihan raya kepada semua jentera pilihan rayanya.-Harakahdaily.
Ada yang kata pru -13 hujung tahun ini atau awal tahun depan...semuanya mungkin..Bagi duit ,tabur duit berjuta Umno-Bn boleh menang. Bagi duit , longgok banyak-banyak belum tentu Bn boleh menang. Contoh prk Hulu Selangor dan prk Sibu. Segalanya mungkin.
Salam...
BalasPadamprk 13!!!..adakah PR dpr mengekalkan kuasa mentadbir lg???..sume terserah pd kuasa Allah dan tangan2 manusia yg memangkah..sesungguhnya Allahlah yg membolak balik hati hamba2nya...wawahua'lam