Rabu, 30 Jun 2010

Bakar Suara Keadilan nampak asap, duit Felda lesap tak mengapa

Lebih 200 dipercayai peneroka Felda kebanyakan kaum wanita berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan, Shah Alam menghantar memorandum bantahan berhubung isu 237 yang bertajuk 'Felda Bankrap'.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia itu kemudiannya bertindak membakar organ rasmi parti KEADILAN, Suara Keadilan.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala kereta peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib ditemani Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudiannya menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.

Kelihatan juga kesemua kumpulan berkenaan diberi makanan dan minuman percuma ketika menuju ke kenderaan yang disediakan.-Suara Keadilan 200 mendakwa peneroka felda serbu Suara Keadilan.

Kalau betoi pun Felda tak bangkrap seperti yang didakwa Suara Keadilan tapi tang rugi berbilion ringgit, tah ke mana duit felda hilang itu adalah pasti. Sepatutnya penyokong-penyokong Umno yang tinggal di felda bangkitkan kemarahan mereka kerana rezab tunai felda berkurangan dalam jumlah yang banyak . Ini yang sepatutnya dipertahankan oleh masyarakat felda. Marah Suara Keadilan dengan bakar akhbar berkenaan hanya nampak asap tapi duit felda lesap hang pa tak kata apa. Bodoh ka cerdik?

Rizab Felda merosot dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun lepas.

“Jangan jadikan Felda milik peneroka ini menempa kerugian yang sama, senasib dengan Sime Darby yang rugi RM1.6 bilion sebelum ini,” Kata Salahuddin Ayob Naib Presiden Pas -Harakahdaily Jangan jadikan Felda senasib Sime Darby.


1 ulasan:

  1. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam Neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan...firman Allah dlm surah Al-Imran Ayat 12

    BalasPadam