Rabu, 9 Jun 2010

"i know who are you", penipu kamu...-TGNA

Isu idea kerajaan perpaduan yang mendominasi muktamar tahunan PAS lalu dua tahun berturut-turut kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat kali sambil Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan, pihaknua tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut.

“Tidak,” kata Nik Aziz dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

Menteri Besar Kelantan mengulangi pengalaman PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1971 ekoran permintaan daripada Allahyarham Tun Razak ketika itu.

“Bila kami masuk BN, PAS Kelantan jadi empat. Bila Umno rasa gagah, tendang kami. ini Umno,” katanya.

“Sekarang ini pilihan raya umum ke-12, (selpas) lima buah negeri jatuh, dia minta PAS masuk balik. Saya kata ‘i know who are you’, penipu kamu... tidak boleh,” katanya.-Malaysian Insider Kerajaan perpaduan Umno-Pas tidak boleh tegas, Nik Aziz.

Baca juga ;

Ahli Majlis Selayang, pembantu dibelasah-Malaysiakini

Nik Aziz: 'Selagi Umno tekan saya, saya tak akan berhenti'-Malaysia Insider

2 ulasan:

  1. Salam...
    org kaloo dah besa tipu sampai bila2 pun dia akan menipu janji apa yg dihajati tercapai...xelok ada sikap sebegini dlm diri..kt patut menjauhi sifat2 mazmumah sbb Nabi xajar kita mhiasi diri dgn sikap itu..Allah lg mlarang bersikap bgitu...wawahua'lam

    BalasPadam
  2. Who did call me 'Ulamak Terompah Kayu'??? Anuar?? That gay?? Well...who cares..as long as we're winning it..

    BalasPadam