Jumaat, 4 Jun 2010

Ayuh semua wargakota pergi demo!

Ketua Polis Kuala Lumpur, Muhammad Sabtu larang orang ramai sertai demontrasi hari ini bagi membantah keganasan Zionis Israel terhadap sukarelawan Gaza yang ditembak dan dibunuh. Nak larang setakat boleh larang itu kerja polis tapi nak demo bantah Zionis Israel itu hak rakyat. Ayuh kita pergi ramai-ramai nak demo hanya setakat suarakan bantahan bukan bawa senjata.

Di negara luar terutamanya di Eropah yang bukan negara penduduk umat Islam pun polis tak halang inikan pulak di negara yang majoritinya umat Islam. Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu memalukan negara ketika satu Dunia bantah keganasan Israel Laknatullah.

Berkaitan;
Polis Jangan sertai perhimpunan haram-Malaysiakini
Pas: 'Dunia kecam Israel, polis kita mahu halang protes'-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Takbir...Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!...mga bumi palestin sentiasa dibela dan tbela..amin ya Rabb

    BalasPadam