Jumaat, 11 Jun 2010

'Bini tua' dan 'bini muda' dua-dua sama penting

Kata Nik Amar dalam laporan Malaysiakini Pas diingat tidak lupa 'bini tua';

Perwakilan Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau risau dengan keghairahan PAS mendapatkan sokongan bukan Islam dan pengundi baru menyebabkan sokongan tradisinya merosot.

"Kalau dapat bini muda, janganlah dilupa bini tua. Buruk-buruk pun, biarlah, bini pertama," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 1,000 perwakilan di Pusat Tarbiah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa.

"Biarlah kita igat (tangkap) dua-dua (pihak). Janganlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran," katanya yang juga exco kerajaan Kelantan.-Malaysiakini.

Adakah pengaruh Pas di kalangan orang Melayu dah merosot bila Pas diterima oleh orang bukan Islam? Kalu dah pandai berbini dua pandailah pulak 'melayan keduanya' !

1 ulasan:

  1. Salam...
    sbb org bukan Islam yakin pd apa yg PAS perjuangkan..bkn cam UMNO-APCO..suka pusing2 ckp...wawahua'lam

    BalasPadam