Selasa, 8 Jun 2010

Kecam Israel Apco tetap penasihat Umno-Bn


Kata Saifuddin Nasution ahli Parlimen Machang dalam berita harakahdaily Usul kecam Israel serlah talam dua muka;

“Buat apa Najib minta Turki pula yang membawa isu keganasan Israel ini ke ICJ, sedangkan kita hanya boleh buat lebih dari itu bekerjasama dengan Turki mengepalai dunia untuk menentang keganasan zionis Israel sekarang,” kata beliau lagi.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, Najib sehingga sekarang belum bersedia memutuskan hubungan korporatnya dengan firma perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) walaupun banyak pihak mendedahkan tentang keterlibatan agen zionis Israel dalam firma tersebut.

“Kalau APCO pun, Najib tidak bersedia dengan satu wajah yang jujur, tidak sukar bagi Najib serta timbalannya (Muhyiddin) untuk mempunyai dua wajah asalkan rakyat terus sokong Umno BN (dan) pihak luar terbabit boleh tolong tunjuk ajar kepada kita apa yang terbaik untuk kita,” ujar beliau.-Harakahdaily

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar pula kata;

“Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan haram zionis Israel ini,” ujar beliau.

Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kabinet Najib dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan negara haram tersebut secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya kabinet Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara haram zionis Israel tersebut pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau diminta menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan zionis Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia sekarang.

“Kalau tak benar, dia (Najib) kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil zionis Israel yang berada di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang.

“Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di Perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara zionis itu.

“Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut,” ujar beliau lagi. Baca Kabinet Najib masih amalkan polisi pro Israel-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam...
    mushkil...buku-buku penerbitan komersil zionis Israel ada di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)???

    BalasPadam