Ahad, 27 Jun 2010

Bila dah kalah hanya mampu bakar suratkabar

Umno bahagian Kota Raja hari ini mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap.

Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang.

Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood.

Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.

Ahli jawatankuasa biro penerangan bahagian, Wan Indera Putera Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, acara itu diadakan bagi menyatakan sokongan kepada tindakan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan untuk menyaman akhbar itu.-Malaysiakini 'Felda bangkrap' : Umno bakar Suara Keadilan.

Eloklah bakar suratkabar . Umno Selangor bukan ada kerja apa. Nak jawab isu yang ditimbulkan akhbar tersebut Umno Selangor tak berapa pandai nak jawab. Bila pemimpin atasan Umno kata fakta dalam akhbar berkenaan tak betoi yang di bawah pun ikut cakap tak betoi. Umno parti 'pak turut' dulu, kini dan selamanya. Ingat bila bakar akhbar berkenaan semua fakta boleh hilang ka? Nak takut apa kalau tak betoi. Fakta dan hujah dijawab dengan hujah dan fakta biar rakyat tahu siapa yang benar dan salah.

Berkaitan;
Zaid:Saman Felda taktik bN mahu takutkan PKR
-Malaysian Insider
Hisham arah KDN bertindak ke atas Suara Keadilan-Malaysiakini/Bernama
Felda :Tubuh jawatankuasa siasatan bebas-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. wkahakhakahaka

    UMNO = BAGHAL NAK MAMPOS

    MARAH PASAL PENYELEWENGAN DIORANG DIDEDAHKAN..LAST2 BAKAR SURAT KHABAR..

    DONT KILL THE MESSENGER..DONT BURN THE NEWSPAPER..WKAHKHAAKHAKAH

    KALU POWER SANGAT, BAKAR JE BLOG/INTERNET..KERAT KABEL TELEFON/INTERNET + TUMBANGKAN MENARA PEMANCAR BROADBAND .. ATAU C4KAN IBUSAWAT/OFIS TELEKKOM/TM...WKAHAKAHAKHA

    BalasPadam