Selasa, 22 Jun 2010

Kumpulan Pecah Kuil Dan Tokong Ditangkap, Siapa Mereka?

Bila baca berita Kumpulan pecah tokong , kuil lumpuh -Berta Harian Online teringat akan kononnya pengganas atau kumpulan militan Islam akan serang dan bakar kuil di Batu Cave dan lain-lain tempat seperti yang didakwa Hishamuddin Hussein Menteri Dalam Negeri dan KPN Musa Hassan.

Lapor Berita Harian Online;

Penahanan Geng Tony selesai 30 kes samun

MELAKA: Polis percaya dapat melumpuhkan kumpulan pecah tokong dan kuil serta samun paling aktif di negeri ini, dikenali sebagai Geng Tony, berikutan penahanan sembilan anggotanya dalam Ops Api Laksamana di sekitar negeri ini dan Batu Pahat, Johor, minggu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Rodwan Yusof, berkata mereka yang ditahan dalam operasi antara 9 hingga 16 Jun itu, berusia 20 tahun hingga 52 tahun, termasuk seorang lelaki berusia 35 tahun disyaki ketua kumpulan berkenaan.

Katanya, penahanan terakhir dilakukan anggota Bahagian Siasatan Khas di Jalan Tukas 1, Taman Saga Batu Pahat, kira-kira jam 7.20 malam pada 16 Jun lalu.
“Dengan penahanan semua anggota kumpulan ini, kita percaya dapat menyelesaikan sebanyak 30 kes samun, pecah tokong dan kuil serta ragut di sekitar Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, dekat sini, semalam.

Mohd Rodwan berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu melakukan lapan kes pecah tokong dan kuil di daerah Melaka Tengah dan Jasin, selain tiga kes samun, termasuk bersama beberapa warga Indonesia di kedua-dua daerah itu.

Selain itu, katanya, mereka juga disyaki terbabit melakukan 20 kes ragut di daerah Melaka Tengah dan dua kes rompakan membabitkan kedai emas, selepas menyamar sebagai pembeli sepanjang beberapa bulan lalu.

“Kumpulan ini juga disyaki terbabit dengan aktiviti sama di sekitar Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.

Mohd Rodwan berkata, polis menemui beberapa barang daripada suspek seperti sepucuk pistol jenis Star SA Cal 7.65 Caliber .32, satu kelongsong, 10 peluru hidup, satu pedang samurai, lima unit telefon bimbit dan peralatan menghisap dadah. -Berita Harian Online.

Adakah mereka kumpulan militan Islam seperti yang didakwa KPN dan Hishamuddin?

Berkaitan;
Serang kuil : Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita-Malaysiakini
Kumpulan militan jadikan Malaysia tapak operasi-Malaysiakini
JI:Pas cabar kerajaan dedah bukti di Parlimen-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam...
    dah berusia 52 tahun tpi masih dlm profesion samun...org2 dulu2 dah kata rumah dah kata pergi..kubur da kata mari..xtau la nak kata apa..Allah bagi akal fikiran utk berfikir benda baik dan bruk..fikir2kanlah apa yag terbaik..wawahua'lam

    BalasPadam