Sabtu, 19 Jun 2010

'Tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali' -Chua Jui Meng

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Chua lagi, "Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana," katanya.

Chua berkata tindakan berkenaan haanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

“Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN,” katanya.-Malaysiakini Chua: Umno-Bn akan dilayang kad merah.

2 ulasan:

  1. Apesal cara cina berfikir jauh lebih advance dari cara melayu berfikir? Jeles saya dibuatnya...

    Alhamdulillah saya lebih kuat berpegang pada Islam berbanding melayu...

    BalasPadam
  2. Salam...
    amanah memimpin digalas bukan krn harta atau pangkat tpi krn perubahan yg ingin dilakukan...inilah sikap pimpinan PR...mga pada PRU 13 ni rakyat lebih terbuka mata dan telinga terhadap kebajikan yg tlh dlakukan oleh pimpinan PR...wawahua'lam

    BalasPadam