Khamis, 10 Jun 2010

Tahanan ISA dapat gantirugi RM3.3 juta


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah gantirugi sebanyak RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Badrul Zaman Zakariah kerana ditahan secara tidak sah.

Badrul Zaman, bekas pengarah di sebuah agensi pekerjaan, telah ditahan pada 12 September 1991 dan perintah tahanan ke atasnya dilanjutkan dua tahun lagi pada 14 September 1993.

Beliau menyaman kerajaan pusat berhubung perintah tahanan lanjutan dua tahun ke atasnya di bawah ISA.

Badrul Zaman diwakili oleh peguam M Manoharan yang juga pernah ditahan di bawah ISA.-Malaysiakini.

Jika kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan adakah akan terus memihak kepada mangsa tahanan ISA tersebut?

1 ulasan:

  1. Salam..
    apa yg diperjuangkan dgn mewujudkan ISA???suami ditangkap, isteri dan anak2 hidup tanpa kasih syg suami dan ayah...zalim namanya...xsetimpal dgn kesalahan yg dilakukan...tpi apa ksalahan yg mereka lakukan yg dikata mngancam keselamatan negara???wawahua'lam

    BalasPadam