Khamis, 10 Jun 2010

Kapal kita Zionis rampas ,kapal Israel boleh masuk Malaysia!


Aku tak tahu apa jenis pemimpin dan Menteri Umno-Bn terhadap dasar mereka terhadap zionis Israel. Sekejap kecam Israel macam nak rak, lepas tu kapal-kapal dagang Israel boleh pulak berlabuh di pelabuhan kita. Cakap tak serupa bikin, pandai main wayang. Langsung tak ada ketegasan dalam setiap dasar yang mereka buat. Hanya main-main tak ada kesungguhan , malah tak berani nak jentik atau bertindak tegas terhadap kapal dagang negara Zionis itu.

Kapal yang bawa sukarelawan ke Gaza telah ditawan dan ditempatkan di pelabuhan Israel, tah boleh ambik balik atau tidak tapi kerugian harta benda hasil sumbangan rakyat yang prihatin kepada umat Islam Palestine di Gaza dalam kapal tersebut tidak diketahui nasibnya. Yang pasti semua harta benda ada dalam tangan Zionis Israel. Kapal dagang Israel boleh masuk perairan Malaysia dengan aman tanpa sebarang tindakan!

Dalam laporan Utusan Malaysia online - Kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia melaporkan;

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.

Jelasnya, perkara tersebut turut dinyatakan dalam laporan awal yang diterima oleh kementerian daripada Westports Berhad yang turut menetapkan peraturan untuk dipatuhi oleh kapal-kapal Israel apabila memasuki pelabuhan itu.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti.

“Contohnya, menurut peraturan yang ditetapkan, kapal-kapal Israel tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia.

“Di samping itu, anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Tambahan pula, barang-barang keluaran Israel tidak boleh dibawa masuk ke negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Biro Teknologi Baru dan Inovasi MCA di ibu pejabat parti itu di Jalan Ampang hari ini.

Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit hari ini mempersoalkan kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sedangkan Malaysia dan Israel tidak menjalinkan hubungan diplomatik.

Justeru, secara automatik hubungan dagang dengan Israel tidak patut berlaku.

Menurut laporan, Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.

Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.

Mengulas mengenai laporan bahawa pelabuhan Malaysia telah menerima kapal kargo Israel sejak 1998, Cho Ha menjelaskan, kemasukan kapal Israel adalah dibenarkan bagi tujuan perdagangan antarabangsa.

Sementara itu, Unit Komunikasi Westports Berhad ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan.-Utusan Malaysia online

1 ulasan:

  1. Salam...
    apa la nak jadi...bila ada kuasa, sume blh bt..halal haram dah xkira...janji poket penuh...wawahua'lam

    BalasPadam