Selasa, 1 Jun 2010

Mulut kecam Zionis Israel dalam hati berapa puluh juta lagi nak bagi

Mari kita sama-sama doakan semoga semua sukarelawan rakyat Malaysia dan lain-lain negara yang ikuti rombongan hantar bantuan bekalan ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Palestine di Gaza berada dalam keadaan selamat daripada terus jadi mangsa kezaliman Zionis Israel yang dah bunuh hampir dua puluh orang sukarelawan tersebut.

Semua negara dah kecam Zionis Israel. Malaysia pun dah kecam. PM Najib pun kecam Zionis Israel kerana serang konvoi bantuan untuk rakyat Palestine di Gaza. Tapi dah berbelas jam tembak dan bunuh sukarelawan tu baru teringat nak kecam. Tak ada tindakan drastik. Sebab apa?

Inilah akibatnya kalau ambil penasihat negara daripada talibarut Zionis Israel iaitu Apco Worlwide yang dibayar RM77 juta oleh kerajaan Umno-Bn.Berapa lagi kerajaan Umno-Bn mau bayar kepada Apco? Mulut kecam dalam hati sayang sangat kepada Apco. Mulut pun jadi lemah nak kecam dan kutuk Zionis Israel. Hanya ala kadar saja. Dah bagi duit RM77 juta lepas tu termakan budi Apco pulak.

Kata seorang anak muda tadi sewaktu dok tunggu hujan berenti, "Duit RM77 juta tu kalau bagi kepada pasangan yang tak mampu berkahwin, tak cukup duit kan bagus. Tak la berlaku gejala buang anak dalam tong sampah, depan tangga masjid, bunuh dan tanam hidup-hidup!"

Berkaitan;
Gaza:Najib diberi 48 jam untuk bertindak-Malaysiakini
Keganasan Israel:Apco lewat nasihat Najib?-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Amin ya Rabb...mcm2 cite dgr tentang sukarelawan kita di sana..xtaulah apa nasib sbhagian mereka...mga Allah lindungi mereka dan mana yg syahid tu mga Allah ampunkan mereka dan dtempatkan dklngan hambanya yg dimuliakan..

    BalasPadam