Pagi tadi aku berkesempatan ziarah ke rumah Mat Sabu AJK Pas Pusat di Shah Alam. Isterinya Kak Normah tak ada di rumah menguruskan dokumen peribadinya yang hilang. Anak Mat Sabu yang lelaki , Saiful kebetulan ada di rumah dan sempat menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya ekoran insiden dirompak di kawasan parking kereta di belakang bangunan PKPS yang turut menempatkan Bank Islam di Shah Alam.
Kata Saiful, "Penyamun tersebut menumbuk dahi mak dan memukul di bahagian lengan menyebabkan tangan mak jadi lebam. Mak jadi trauma dengan kejadian tersebut . Sebahagian dokumen peribadi seperti kad pesara dan kad ATM di jumpai semula di kawasan Subang. Duit semua lesap."
Difahamkan semasa kejadian tersebut Kak Normah seorang diri dan kawasan belakang bangunan PKPS itu tidak ramai orang yang lalu lalang.
Salam...
BalasPadambahaya da keadaan keselamatan kat negara ni...da xselamat lg2 bg mereka yg lemah spt org tua, wanita dan kanak2...mana pergi slogan rakyat didahulukan???di kawasan spt ini pun kselamatan rakyat masih lg terancam...wawahua'lam