Ketika rakyat bangun melawan judi sukan atau judi bola parti Umno jadi bercempera sesama sendiri . Ada yang sokong judi sampai mampoih pun ada walaupun beragama Islam. Ada juga yang bantah judi walaupun bernama Umno. Desakan demi desakan akhirnya PM Najib buat pengakuan lesen judi bola tak akan dikeluarkan .
Dalam masa yang sama Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ) yang akan buat himpunan secara aman pada 3 Julai nanti mungkin batalkan himpunan tersebut dengan pengumuman PM Najib batalkan judi bola.
Kalau demo GMJ batal Pemuda Pas Pusat boleh teruskan demo atas nama pertahankan kesucian agama Islam yang didajjalkan Umno bahawa golongan ulama sebagai pengganas dan terlibat dengan JI.Kita bukan nak lawan judi saja tapi nak lawan sikap Umno yang cuba buruk-burukkan agama Islam supaya golongan bukan Islam takut kepada Islam . Untuk kekal berkuasa Umno sanggup jadikan agama Islam sebagai bahan taruhan mereka dengan tuduhan palsu terhadap golongan ulama yang tak menyokong Umno.
Berkaitan;
Lesen judi :GMJ akan dapatkan penjelasan kerajaan-Harakahdaily
Umno tolak judi sukan, kelulusan ditarik balik-Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan