Lebih 200 dipercayai peneroka Felda kebanyakan kaum wanita berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan, Shah Alam menghantar memorandum bantahan berhubung isu 237 yang bertajuk 'Felda Bankrap'.
Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia itu kemudiannya bertindak membakar organ rasmi parti KEADILAN, Suara Keadilan.
Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala kereta peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.
Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.
Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib ditemani Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudiannya menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.
Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab.
Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.
Kalau betoi pun Felda tak bangkrap seperti yang didakwa Suara Keadilan tapi tang rugi berbilion ringgit, tah ke mana duit felda hilang itu adalah pasti. Sepatutnya penyokong-penyokong Umno yang tinggal di felda bangkitkan kemarahan mereka kerana rezab tunai felda berkurangan dalam jumlah yang banyak . Ini yang sepatutnya dipertahankan oleh masyarakat felda. Marah Suara Keadilan dengan bakar akhbar berkenaan hanya nampak asap tapi duit felda lesap hang pa tak kata apa. Bodoh ka cerdik?
Rizab Felda merosot dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun lepas.
“Jangan jadikan Felda milik peneroka ini menempa kerugian yang sama, senasib dengan Sime Darby yang rugi RM1.6 bilion sebelum ini,” Kata Salahuddin Ayob Naib Presiden Pas -Harakahdaily Jangan jadikan Felda senasib Sime Darby.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menghantar pegawainya ke London untuk merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull berkata keputusan untuk membatalkan pertemuan tersebut dibuat atas pertimbangan undang-undang.
Sebaliknya, SPRM akan menulis soalan kepada Balasubramaniam dan meminta beliau menyerahkan affidavit berhubung perkara itu untuk tujuan penyelidikan.
Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’.
Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan UMNO yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal.
Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga DUN Kelantan yang Ke- 12.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan.
Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT?
Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan UMNO/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan UMNO, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A’raf, ayat 96 yang bermaksud:
“...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...”
Sudikah kiranya pemimpin UMNO yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa.
Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan.
Sayangnya, pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama’ yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu untuk bersimpati.-Blog tokguru.com
Kalau orang bukan Islam tuduh Islam ganas, pelampau dan terroris terutamanya Zionis Israel itu memang kerja mereka. Tapi kalau yang tuduh pemimpin Islam yang tak menyokong Umno sebagai pengganas juga di kalangan orang Islam tidakkah itu memburukkan agama sendiri?
Bila terdesak mau bersatu tak dianggap pengganas. Tapi bila rasa sokongan rakyat dah meningkat 72 peratus kepada PM mula la nak tunjuk bongkak dan sombong tuduh pemimpin politik yang tak sehaluan sebagai pengganas dan kuda tunggangan parti yang bersama-sama lawan Umno-Bn dalam pru-12 yang lalu.
Kini bila timbul ramainya orang Melayu yang beragama Islam tak daftar sebagai pengundi isu bangsa dan agama didendangkan supaya bersatu untuk selamatkan kuasa politik Islam. Nak selamat kuasa politik Melayu-Islam atau nak selamatkan nyawa Umno yang sekejap ok sekejap tak ok?Katanya 1:40 yang daftar sebagai pengundi itu seorang Melayu dan 40 bukan Melayu.
Kalau betoi macam tu punya kajian orang Melayu paling penyigan nak daftar sebagai pengundi kita nak salahkan siapa?Nak salahkan siapa calon Melayu di prk Hulu Selangor kalah ?
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.
"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.-Malaysiakini.Baca semua klik tajuk di atas.
Bolehkah kita pi majlis orang, kenduri kahwin ka, kenduri pulut durian ka, kenduri kesyukuran sekalipun kalau tak dipelawa. Apatah lagi mereka yang hadir semua tahu hukum-hakam, halal haram kalau makan dalam majlis yang tak dijemput?
Ulama muda masuk Umno jadi kecoh hanya hanya semata-mata ada yang kena kencing walaupun jadi ustaz ! Daripada majlis ulama muda masuk Umno dah timbul kes kena perdaya dok ingat majlis apa , rupa-rupanya majlis ulama masuk Umno!
Macam kita la member ajak pi makan kenduri kata panggil kita sama. Dah makan kenyang baru member cerita yang betoi ,"Sebenarnya aku segan nak mai sorang tu aku kata tuan kenduri panggil hang sama, yang betoi dia tak panggil hang pon!"
Awal-awal lagi hang pa dah kena berak , lepas ni baru depa tau Rabu -Khamis -Jumaat selang-selang. Belum apa-apa dah kena jawab isu yang tak sepatutnya dijawab.
Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.
Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.-Harakahdaily
Ahli Parlimen Kota Raja, Selangor Dr Siti Mariah Mahmud mencabar ulama muda yang menyertai UMNO supaya menghapuskan budaya politik wang, budaya berjuang untuk projek, budaya untuk kepentingan diri sendiri yang sudah menjadi darah daging dalam UMNO selama ini.
Menurutnya, selama ini beliau tidak pernah mendengar ulama dalam UMNO membuat satu kenyataan yang menentang keputusan-keputusan yang menyalahi agama.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sebelum ini apabila ada perkara yang tidak betul, ulama UMNO membisu dan hanya membawa perkara tertentu sahaja.
Katanya, seperti kemasukan ulama yang lepas, mereka hanya duduk dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak boleh hendak berbuat apa.
Beliau turut berpendapat, beberapa ulama yang terkenal yang memang sudah berada dalam UMNO/BN juga tidak mampu mempengaruhi sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan di semua peringkat.
“Isu judi baru-baru ini, ada siapa yang tegur tak? Bolehkan ulama di dalam UMNO ini membanteras rasuah wang di dalam UMNO ataupun mereka turut menghalalkan politik wang di dalam parti itu,” katanya.
Katanya, beliau sememangnya menunggu kemasukan ulama ke dalam parti itu seandainya para ulama itu bolah mengubah pemikiran rasuah pemimpin UMNO.
Bagaimanapun beliau berkata, ulama terdahulu yang menyertai UMNO tenggelam disebabkan budaya perjuangan UMNO yang tidak berlandaskan agama tetapi pragmatik.
Siti Mariah turut mempersoalkan adakah mereka mampu mentarbiahkan ahli-ahli UMNO kerana amanah yang dipegang bukan untuk kepentingan diri.
“Saya tengok yang masuk semua muda, bila masuk dalam dunia politik barulah mereka tahu. Jangan pula mereka yang terikut dengan cara UMNO sebab hendak pegang jawatan, mereka tidak sanggup menegur,” katanya.
Beliau mengingatkan kembali sejarah penubuhan Pas sekitar 1951 yang dikatakan serpihan UMNO di mana beberapa biro agama UMNO meninggalkan parti itu dan memulakan persatuan ulama kerana isu judi.
“Kalau mereka berani, saya cabar mereka tubuhkan satu dewan ulama untuk UMNO, kita hendak tengok apa perjuangan ulama di dalam UMNO.
“Seperti kami ada dewan ulama, mereka pun kena ada dewan ulama. Himpunkan semua ulama dan buatlah. Saya hendak tengok, apa teguran yang mereka bagi pada UMNO,” katanya.-Sinar Harian Online.
Mereka begitu senang dapat title ulama, siapa yang iktiraf mereka sebagai ulama hanya semata-mata mereka ngaji dalam bidang agama?
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap Presiden Pergerakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali sebagai `gedebe politik’ ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.
Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
“Dia (Ibrahim) tidak sopan dan suka cari gaduh dengan orang lain. Sekiranya kita tidak jauhkan diri daripada Ibrahim, Barisan Nasional (BN) akan terkena tempiasnya,” katanya-Malaysian Insider- Khairy :Ibrahim Ali 'gedebe politik', pentingkan diri.
Lepas ni Brahim akan cari pasal pulak dengan ulama-ulama muda Umno yang setengah masak dengan sepak terajang politik Umno.
Di Perlis orang tak panggil Wahabi tapi mereka lebih dikenali dengan gelaran 'kaum muda'. Perdebatan mereka lebih menjurus kepada segala bidaah dalam ibadat. Mulut mereka tak lekang daripada istilah kena ikut Sunnah ,Quran- Hadis bila berhujah. Contoh nak solat kena solat macam Nabi Muhammad SAW solat. Jika pandai tambah-tambah dalam solat top-up sana top-up sini tak menyamai apa yang Nabi solat maknanya kita memandai lebih hebat daripada Nabi .
Bagi aku itu terpulang kepada masing-masing punya fahaman dan keilmuan yang mereka pelajari.Cuma nak ikut Quran- Hadis dan Sunnah nabi bukan hanya setakat dalam bidang ibadat semata-mata tapi bagaimana dalam berpolitik. Dalam berpolitik tak ada bidaah ka kalau pilih parti Umno yang bersarang dengan segala jenis rasuah, parti yang berteraskan perkauman dan tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan?Apakah golongan 'sunnah' ini tidak sedar kerajaan Umno-Bn jadikan Apco Worlwide talibarut Israel sebagai penasihat mereka yang kenyang diberi kontrak RM77 juta . Hang pa tak rasa berdosa ka ulama muda? Ulama muda ni kenai ka Zionis Israel yang saban hari bunuh umat Islam Palestine?Tak rasa bersubahat ka?
Hari ini timbul pula kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Jamil Khir Baharom yang kata fahaman Wahabi bukan pengganas. Bila puak-puak yang dikatakan golongan 'sunnah' ni masuk Umno depa tak lagi dianggap pelampau agama dan pengganas. Wahabi atas pagar dan yang sokong Pas itulah yang dianggap pelampau agama dan JI. Bila dah masuk Umno title pelampau agama dan pengganas yang dilabelkan kepada mereka akan hilang serta merta !
Fahaman Wahabi atau mazhab lain tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan pengganas atau golongan pelampau kerana perbuatan keganasan bukannya berpunca daripada fahaman agama sesuatu kelompok tetapi ekoran penyelewengan fahaman serta pelbagai punca lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, apabila kefahaman terseleweng, mereka mengambil pendekatan yang berbeza daripada orang lain sehingga ada yang sanggup membunuh orang awam dengan bom dan sebagainya.
"Akibat terpesong daripada landasan Islam sebenar, maka berlakulah kejadian orang ramai yang tidak bersalah dibunuh dan dibom," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Huffaz Kebangsaan di sini hari ini-mStar Online.
Umno bahagian Kota Raja hari ini mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap.
Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang.
Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood.
Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.
Ahli jawatankuasa biro penerangan bahagian, Wan Indera Putera Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, acara itu diadakan bagi menyatakan sokongan kepada tindakan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan untuk menyaman akhbar itu.-Malaysiakini 'Felda bangkrap' : Umno bakar Suara Keadilan.
Eloklah bakar suratkabar . Umno Selangor bukan ada kerja apa. Nak jawab isu yang ditimbulkan akhbar tersebut Umno Selangor tak berapa pandai nak jawab. Bila pemimpin atasan Umno kata fakta dalam akhbar berkenaan tak betoi yang di bawah pun ikut cakap tak betoi. Umno parti 'pak turut' dulu, kini dan selamanya. Ingat bila bakar akhbar berkenaan semua fakta boleh hilang ka? Nak takut apa kalau tak betoi. Fakta dan hujah dijawab dengan hujah dan fakta biar rakyat tahu siapa yang benar dan salah.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.
Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.
“Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal,” ujarnya.
“Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong, Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal,” ujarnya sinis.
Tegasnya, perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno.
Menurutnya, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.
PAS, jelasnya tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.
Beliau berkata, PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.
“Itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut,” katanya lagi.
Tambahnya, PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang.
Sekadar menyebut beberapa nama mereka di dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno, beliau bertanya ke mana perginya mereka yang berkenaan.
Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.
Justeru, ujarnya PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama.
“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno.
“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.
Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.-Harakahdaily. -Pas tidak gentar ribuan orang agama sertai Umno.
Ini apa yang diemail ke dalam blog ini. Jika dah tersiar pun tak mengapa untuk renungan semua pihak
Salam,
Mesir
Mesir ni Firaun modern. Nama aje Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir 14 km. "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza .Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas juga..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
Gaza ( Palestine ) Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sangat baik dan friendly. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini juga.
Hamas Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datng lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel … Kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak ada senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid ~ hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel Memang pengecut sebab tak berani perang one to one dengan Hamas. Di darat hanya duduk dlm kereta kebal, serang dengan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia orang tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebuluran dan tak ade sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!![] termasuk enggan membenarkan PBB memeriksa senjata nuclear mereka. Tapi mereka mendesak PBB memeriksa senjata nuklir Iran dan Irak. Sangat arogan sekali. Ada back-up besar lah...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok mereka rebus rumput sebab dah tak ade makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak ade. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak ade apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! [] Cuman nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni menghancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel . So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.. Wasalam.
Photos berikut bukan Movie Shooting atauPesta dengan mercun... its a school in Gaza .. inilah situasi sekarang di Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
Ketika rakyat bangun melawan judi sukan atau judi bola parti Umno jadi bercempera sesama sendiri . Ada yang sokong judi sampai mampoih pun ada walaupun beragama Islam. Ada juga yang bantah judi walaupun bernama Umno. Desakan demi desakan akhirnya PM Najib buat pengakuan lesen judi bola tak akan dikeluarkan .
Dalam masa yang sama Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ) yang akan buat himpunan secara aman pada 3 Julai nanti mungkin batalkan himpunan tersebut dengan pengumuman PM Najib batalkan judi bola.
Kalau demo GMJ batal Pemuda Pas Pusat boleh teruskan demo atas nama pertahankan kesucian agama Islam yang didajjalkan Umno bahawa golongan ulama sebagai pengganas dan terlibat dengan JI.Kita bukan nak lawan judi saja tapi nak lawan sikap Umno yang cuba buruk-burukkan agama Islam supaya golongan bukan Islam takut kepada Islam . Untuk kekal berkuasa Umno sanggup jadikan agama Islam sebagai bahan taruhan mereka dengan tuduhan palsu terhadap golongan ulama yang tak menyokong Umno.
Seramai 40 orang katanya golongan ulama muda masuk Umno. Di siaran berbayar Astro Oasis ada rancangan Imam Muda sekarang ada pulak ulama muda tapi mereka dah pilih Umno sebagai parti pilihan mereka.Ulama muda-muda ni dilaporkan adalah kawan-kawan kepada Asri bekas mufti Negeri Perlis .
Dulu golongan ulama seperti Dr Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus memilih Pas. Masa mereka masuk Pas mereka tidaklah semuda golongan yang dikatakan ulama yang memilih Umno sebagai parti pilihan mereka. Golongan yang dikatakan ulama muda ini memilih Umno sebab supaya senang nak berdakwah , tak payah nak kena tangkap oleh pihak berkuasa kerana berceramah tanpa tauliah. Bila mereka dah jadi ahli Umno mereka akan jadi bebas berceramah walaupun tanpa tauliah terutama di Selangor kerana suku sakat mereka di Jais sedia membantu...
Mudah sungguh nak jadi 'ulama senang' tak payah kena tangkap masuk Umno. Nabi Muhammad SAW yang dikasihi pernah dibaling najis, patah gigi ketika berperang dan diancam bunuh tapi hangpa 'ulama senang' jadi penakut pahit dengan ancaman tak ada tauliah dan ditangkap mengajar agama tanpa tauliah!
'Ulama senang' , bolehkah anda semua berdakwah kepada parti Umno yang turut bersekongkol dengan Apco agen Zionis Israel itu menghalang kerja-kerja Apco sebagai penasihat Umno-Bn?Bagaimana dengan rasuah yang bertimbun-timbun sebagai contoh jual beli scoperne kapal selam yang disiasat Kerajaan Perancis, kamu tak merasa apa-apaka? Kerajaan Umno-Bn yang menangkap orang tanpa bicara di bawah akta zalim ISA , sanggup kamu bersekongkol?
Bagaimana pulak dengan program pemuda Pas 'orang muda geng kita'? Dah lenyap ka?
Seperti orang lain Ketua Pemuda Pas Pusat hanya mengecam dan menulis dalam blog untuk balas tuduhan jahat yang mengatakan Presiden Pas Tok Guru Haji Hadi seorang pengganas. Tuduhan pihak kerajaan Umno-Bn yang kata TGHA terlibat dengan kegiatan pengganas dan Wahabbi sepatutnya dibuat himpunan secara aman dan laporan polis hendaklah dibuat serta merta untuk menampakkan Pemuda Pas tidak lembab dalam menangani isu yang libatkan seorang Presiden parti.
Cukupkah hanya berdegar-degar dalam kenyataan media tapi tak ada tindakan yang lebih drastik dan lebih berani mempertahankan TGHA yang diasak dengan tuduhan palsu sebagai pengganas?Jangan sampai nanti orang kata ,"Ayah sendiri kena pukul sampai lebam-lebam di luar rumah si anak lari masuk dalam rumah tutup pintu. Bila si pembuli dah balik baru buka pintu tanya , "Ayah sakit sangat ka? Tunggu saya pergi ambik minyak angin sapu...."
Dulu kita digembar-gemburkan dengan isu Kumpulan Mujahidin Malaysia yang kemudiannya ditukar dengan nama Kumpulan Militan Malaysia (KMM) . Begitu juga dengan Kumpulan Al-Maunah yang kesemuanya dikatakan nak guling kerajaan secara kekerasan. Sekarang isu tersebut dah hilang. Yang dituduh tersebut semuanya orang Melayu yang beragama Islam.
Kini muncul lagi tapi bukan orang biasa yang dituduh pengganas dan JI tapi pemimpin parti politik yang juga merupakan Presiden Pas iaitu Tok guru Hadi Awang Sekiranya wujud Kerajaan Perpaduan yang dah mampoih itu adakah label pengganas yang diberikan kepada Presiden Pas itu akan berlaku? Umno memang celaka dulu , kini dan selamanya..
Golongan agama kini jadi sasaran Umno untuk dituduh ekstrem dan pengganas kerana tidak menyertai Umno. Kalau masuk Umno mereka tidak akan dilabel pengganas! Ulama dan para ustaz yang berada dalam Umno sekarang ini bisu dan diam daripada menegur sikap Umno -Bn yang jadikan judi sukan sebagai hasil pendapatan yang halal. Nak tutup isu judi , isu Apco golongan agama digelar pengganas. Tu pun masih ada ura-ura golongan ustaz dan ulama nak cari makan dengan Umno. Nak jawab apa di padang Mahsyar kelak bersekongkol dengan parti pencinta judi dan jadikan Apco talibarut Israel sebagai 'mentor' Umno.
Yang merosakkan perpaduan sesama Islam dan bukan Islam bukan agama Islam tapi ialah pelampau bangsa yang menganut ideologi nasionalisme yang jadikan agama suku politik suku.
Tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendesak Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu sebagai tidak wajar.
Sambil turut menyifatkan desakan berkenaan tidak munasabah sama sekali, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, soal 'menjual bangsa sendiri' tidak timbul.-Utusan Malaysia Online. Baca di sini.
Semasa era Tun Mahathir dulu Pas pernah dilabelkan sebagai parti pengganas, parti ajaran sesat dan Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh di Memali jugak digelar sebagai penderhaka dan pengganas. Era tersebut Pas tidak disenangi masyarakat bukan Islam yang begitu setia dengan Umno-Bn.
Perubahan masa yang berlaku Pas pulak besama-sama dengan parti yang bukan Islam seperti Dap, bersama PKR bersatu dalam pilihanraya untuk lawan kezaliman Umno-Bn yang telah menyebabkan Umno-Bn kehilangan 5 negeri dalam pru-12. Ini sangat-sangat membimbangkan gerombolan Umno -Bn dan sekutu rapatnya Apco talibarut Israel (penasihat kerajaan Umno-Bn). Jika tidak dikekang kebangkitan Pas dan PR dalam pru akan datang mungkin Umno-Bn akan kehilangan kuasa diperingkat kerajaan pusat.
Satu-satunya senjata Umno untuk buruk-burukkan golongan ulama yang menyokong Pas termasuk Presiden Pas ialah dengan tohmahan jahat dan paling jahat ialah mereka adalah pengganas dan terlibat dengan Jamaah Islamiah. Pemimpin bukan Islam tidak menuduh orang Islam jahat tapi pemimpin Umno yang Islam yang terpengaruh dengan dakyah Amerika Syarikat anggap golongan ulama dan pemimpin Pas pengganas. Mereka memang celaka hanya demi sedikit kuasa yang mereka ada supaya orang bukan Islam terpengaruh dengan dakyah jahat mereka.
Aset Umno untuk terus berkuasa ialah orang Melayu yang terus dimomokkan dengan 'Melayu cemerlang' dalam masa yang sama Umnolah pengkhianat bangsa dan Islam merobek-robek harta pusaka orang Melayu untuk difaraidkan kepada bukan yang hak. Umno dajjalkan agama sendiri dengan menuduh Ngo-Ngo Islam yang tak menyokong Umno sebagai pengganas, JI. Mereka diugut dengan tuduhan palsu yang hanya cemarkan kesucian Islam itu sendiri.
Maukah lagi golongan yang bergelar ulama ,cerdik pandai Islam yang dilabelkan pengganas, Wahabbi dan JI terjun ke dalam najis parti Umno yang dah busuk hingga ke ususnya? Adakah kamu golongan ulama takut dengan ugutan jahat Umno supaya kamu masuk Umno barulah label kamu sebagai JI, Wahabbi ditukar dengan ulama yang bisu dalam kerajaan Umno-Bn? Adakah kamu ulama tidak sanggup dipenjarakan hanya kerana tidak menyertai Umno?
Kata Timbalan Presiden Umno , Muhyiddin Yaasin, ‘‘ UMNO tidak pernah menghalang sesiapa yang nak jadi ahli parti dan tidak kira Dr. Mohd Asri ke, (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang ke atau sesiapa sahaja, kita tak pernah sekat atau kata tidak boleh.-Utusan Malaysia Online Umno tak halang sesiapa jadi ahli.
Woi ! dah anggap Presiden Pas terlibat dengan Wahabi dan dianggap pengganas pelawa pulak masuk Umno. Baca di sini.
Penasihat Umno-Bn Apco talibarut Israel sedang mengalih isu besar negara seperti kes Altantuya yang tiada kesudahan, isu rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang berjumlah RM6.7 bilion , judi bolasepak yang diluluskan PM Najib, kerugian Sime Darby, rizab tunai felda yang merosot berbilion ringgit dan lain-lain isu besar yang melambangkan kelemahan kerajaan Umno-Bn daripada terus diketahui rakyat.
Rakyat disumbat dengan isu Islam Pengganas, terroris ,JI (Jamaah Islamiah) meresap masuk di pusat pengajian tinggi negara supaya rakyat mempercayainya.Hang pa telan la banyak-banyak biaq sampai kenyang isu Islam Ganas, Terroris dan JI sementara pemimpin negara terus kenyang kaut kekayaan negara jangan hang pa pedulikan!
Di tengah-tengah cerita bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan bersama 100 ulama akan menyertai Umno, beliau bersama rakannya, Dr Juanda Jaya yang kini Mufti Perlis menyifatkan BN bohong.
Dakwaan ini dibuat kedua-duanya dalam satu kenyataan bersama yang diberikan tajuk "Mengapa Kerajaan BN Berbohong?" bagi mengulas langkah kerajaan BN yang cuba mengaitkan isu ancaman pengganas di negara ini.
Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya adalah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford Universiti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula adalah Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis dan kini Pensyarah Pengajian Islam USM.
Kedua-duanya mengulas laporan yang mengaitkan mereka berdua, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas MB Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan JIM dengan pengganas.
Kaitan itu dibuat dalam satu taklimat keselamatan negara anjuran Polis dan diberikan oleh Zamihan Mat Zain dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang diadakan di Bukit Aman 21 Jun lalu.
Sebelum ini, Presiden PAS juga menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan yang didakwa itu.
Dr Asri dan Dr Juanda berkata, apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
"Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu," kata kenyataan bersama itu.
Buktinya, kata mereka, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara.
Penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu Presidan PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Shahidan Kassim, mereka berdua berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan Wahabi dan pengganas JI.
Pertubuhan JIM pula dikaitkan dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.
"Dakwaan ini sangat jahat dan jelas sengaja diada-adakan" kata kenyataan bersama mereka berdua.
"Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.
"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," katanya.
Justeru itu, kedua-dua berkata, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.
"Bagi kami YB Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini," kata kedua-duanya.-Harakahdaily -Dr Asri dan Dr Juanda dakwa "BN Bohong".
Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini. Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun. “Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid. Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.-Malaysiakini Mindef :Kontrak Scorpene bernilai RM 6.7 Bilion.
Inilah contoh Melayu tolong Melayu Cemerlang slogan baru Umno. Melayu yang tak tau apa hanya melopong biji mata sedap dengar pemimpin Umno guna ayat power 'Hidup Melayu' dan 'Melayu cemerlang'. Melayu yang bukan kroni hanya dapat ucapan berapi-api pemimpin Umno .Sampai tua Melayu kena tipu dengan Melayu Umno.
Rakyat nak makan gula kat kedai pun susah nak dapat. Sedangkan kilang gula tersergam besar depan mata. Pengeluaran gula dikilang tak pernah berkurangan tapi gula tak ada di pasaran. Kilang gula ada di Malaysia bukan di Amerika syarikat. Taukeh gula juga orang Malaysia tapi gula susah nak dapat.Kita sedang dipermainkan oleh kroni-kroni lintah darat yang kaut kekayaan negara tapi kita dibuai mimpi indah 'hidup Melayu dan Melayu cemerlang'!
Isu Jamaah Islamiah yang digembar -gemburkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara wujud di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dikalangan pelajar dan pensyarah dijawab oleh pemimpin Pas yang bimbang akan ada yang akan ditahan dibawah akta zalim ISA, tahan orang tanpa bicara.
“Kami semua selaku Ahli Parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen dalam kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mewakili Ahli Parlimen PAS pada sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.
“Dalam satu taklimat tentang terorisme pada KPT, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita,” tegas beliau.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama.
“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua,” ujar beliau.
Senada dengan beliau, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Hishammuddin turut dicabar mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung aktiviti pihak pengganas sebenar yang mahu menyerang berhala Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves, sebagaimana yang beliau jelaskan kepada media massa sebelum ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa, tindakan Hishammuddin bersama-sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan itu semata-mata mencerminkan budaya politik menggila di kalangan orang-orang gila.
“Inilah yang saya panggil amalan politik menggila-gila oleh orang gila, kegilaan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat,” ujar beliau sebagai menjawab tohmahan Hishammuddin sebelum ini kononnya pembangkang adalah gila kerana menganggap tujuan kerajaan mendedahkan isu JI semata-mata suatu sandiwara untuk mengelirukan rakyat.
Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta kerajaan menyelesaikan dahulu kes demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam beberapa bulan lalu.
Menurut beliau, mereka yang terbabit dalam aktiviti keganasan itu rata-ratanya didalangi oleh pemuda Umno Shah Alam sendiri.
Bagi beliau, isu JI yang digembar-gemburkan kebelakangan ini sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan kondisi Islamphobia serta budaya takut di kalangan rakyat.
Isu tersebut, menurut dakwaan beliau lagi, merupakan persiapan Umno BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.
Katanya lagi, langkah memetakan lanskap politik negara dengan menimbulkan isu JI dan anti-keganasan tersebut seakan sama dengan kondisi anti-Islam yang pernah dicetuskan di Amerika Syarikat pasca tragedi perlanggaran WTC pada tahun 2001 lalu.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa di sebalik isu JI itusebenarnya didalangi oleh syarikat komunikasi penuh lantikan kerajaan, iaitu Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang nyata diketahui umum sebagai proksi pada Amerika Syarikat dan Zionis Israel.
Dari segi yang lain, beliau berkata, tindakan kerajaan mencipta isu JI akhirnya merugikan negara.
Ini kerana, katanya lagi, kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Hishammuddin dan Musa sudah tentu menghalang minat para pelabur asing, khususnya dari Timur Tengah untuk datang melabur di tanah air ini.
“Mereka mungkin tak sedar yang isu ini (JI) sebenarnya mengakibatkan para pelabur dari Timur Tengah tak berminat untuk melabur di dalam negara kita kononnya ada pengganas dan sebagainya,” ujarnya.-Harakahdaily- JI: Pas cabar kerajaan dedahkan bukti di Parlimen.
Isu pembunuhan Altantuya muncul lagi dengan penafian sepupu PM Najib, Hishamuddin Hussein yang menyatakan Bekas pegawai PM Najib tak terlibat-Malaysiakini;
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari menafikan nama atau suspek bekas pegawai khas Perdana Menteri - Datuk Nasir Safar terbabit dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. "Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang). Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.-Malaysiakini .Baca lanjut klik tajuk di atas.
Tidak ada kes yang dah dijatuh hukum ke atas pesalah selain kes bunuh Altantuya yang terus diperdebatkan siapa lagi yang jadi kepala atau 'master mind' bunuh Altantuya.Tuhan saja yang tahu siapa orangnya.
Bila baca berita Kumpulan pecah tokong , kuil lumpuh -Berta Harian Online teringat akan kononnya pengganas atau kumpulan militan Islam akan serang dan bakar kuil di Batu Cave dan lain-lain tempat seperti yang didakwa Hishamuddin Hussein Menteri Dalam Negeri dan KPN Musa Hassan.
Lapor Berita Harian Online;
Penahanan Geng Tony selesai 30 kes samun
MELAKA: Polis percaya dapat melumpuhkan kumpulan pecah tokong dan kuil serta samun paling aktif di negeri ini, dikenali sebagai Geng Tony, berikutan penahanan sembilan anggotanya dalam Ops Api Laksamana di sekitar negeri ini dan Batu Pahat, Johor, minggu lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Rodwan Yusof, berkata mereka yang ditahan dalam operasi antara 9 hingga 16 Jun itu, berusia 20 tahun hingga 52 tahun, termasuk seorang lelaki berusia 35 tahun disyaki ketua kumpulan berkenaan.
Katanya, penahanan terakhir dilakukan anggota Bahagian Siasatan Khas di Jalan Tukas 1, Taman Saga Batu Pahat, kira-kira jam 7.20 malam pada 16 Jun lalu. “Dengan penahanan semua anggota kumpulan ini, kita percaya dapat menyelesaikan sebanyak 30 kes samun, pecah tokong dan kuil serta ragut di sekitar Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, dekat sini, semalam.
Mohd Rodwan berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu melakukan lapan kes pecah tokong dan kuil di daerah Melaka Tengah dan Jasin, selain tiga kes samun, termasuk bersama beberapa warga Indonesia di kedua-dua daerah itu.
Selain itu, katanya, mereka juga disyaki terbabit melakukan 20 kes ragut di daerah Melaka Tengah dan dua kes rompakan membabitkan kedai emas, selepas menyamar sebagai pembeli sepanjang beberapa bulan lalu.
“Kumpulan ini juga disyaki terbabit dengan aktiviti sama di sekitar Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.
Mohd Rodwan berkata, polis menemui beberapa barang daripada suspek seperti sepucuk pistol jenis Star SA Cal 7.65 Caliber .32, satu kelongsong, 10 peluru hidup, satu pedang samurai, lima unit telefon bimbit dan peralatan menghisap dadah. -Berita Harian Online.
Adakah mereka kumpulan militan Islam seperti yang didakwa KPN dan Hishamuddin?
Isu Tian Chua ahli Parlimen Batu jadi macam bola yang sedang ditendang dalam Piala Dunia yang sedang berlangsung. Macam-macam pendapat dan pandangan yang berbeza baik daripada pemimpim Umno-Bn mau pun pemimpin Pakatan Rakyat. Masing-masing mengelak supaya prk diadakan di Parlimen Batu.
Dengan dakwaan PM Najib sekarang ini berada ditahap 72 peratus dapat sokongan rakyat baguih juga kalau nak diuji di Parlimen Batu apakah dakwaan kaji selidik itu benar! Tian Chua yang menang dengan majoriti 9000 undi lebih dalam pru-12 di Parlimen Batu mungkin Umno-Bn pikir banyak kali untuk cuba nasib di Parlimen Batu. Takut-takut nanti jadi macam prk Sibu. Umno -Bn masih fobia dan trauma dengan kekalahan di prk Sibu.
Pakatan Rakyat pun sama takut-takut nanti jadi macam prk Hulu Selangor jika prk Batu diadakan. Yang dipegang pun terlepas macam MP-MP Pkr yang keluar jadi Bebas tapi mesra BN masih menghantui fikiran mereka dan rakyat juga dah naik meluat dengan kelaku MP-MP yang keluar parti jadi MP Bebas!
Masing -masing bagi pendapat isu Tian Chua supaya prk tak diadakan kecuali Karpal Singh yang kata Tian Chua dah hilang kelayakkan sebagai ahli Parlimen bila Hakim Mahkamah Tinggi jatuh hukum denda RM2000 terhadap Tian. Karpal dilihat lebih bersifat provokasi terhadap BN.
Siapa agaknya sampai 100 orang katanya ulama muda nak masuk Umno. Betoika atau hanya sekadar nak test market nak tengok respon Pas nak kata apa bila kata ulama muda nak masuk Umno.Muda tu agak-agak umoq berapa? Baru habis SPM ngaji aliran agama , tamat Tingkatan Enam aliran agama atau baru habis belajar pusat pengajian tinggi dalam bidang agama Islam boleh dipanggil ulama ka? Ustaz tu kira ok la...
Hang pa nak masuk parti mana itu hak masing-masing.Tak boleh nak halang. Dah masuk kena sepak terajang sampai lebam-lebam macam kawan kita Anwar baru hang pa tau langit tu tinggi rendah. Anwar dulu nak Islamkan Umno daripada dalam. Akhirnya Anwar yang 'ke dalam'!
Mungkin 'ulama muda-muda' yang nak masuk Umno nak cuci parti Umno yang dah busuk hingga ke ususnya (Tun Mahathir kata).
Kata Presiden Pas Tok Guru Haji Hadi , "Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.
"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.-Harakahdaily Ilpas: Pas persiap hadapi pilihanraya .
Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengisytiharkan “perang habis-habisan” terhadap pembangkang yang didakwanya memperlekehkan Umno yang menjadi tunjang kerajaan BN.
Serentak dengan itu beliau mengajak seluruh ahli parti supaya mengetepikan kepentingan individu sebaliknya menumpukan perjuangan untuk merampas kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita kena buktikan Umno sebagai sebuah parti yang kekal relevan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan masyarakat,” tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri di sebuah hotel di sini hari ini.-Malaysian Insider.
Adakah senjata 'Melayu' yang digunakan Umno akan terus dipercayai orang-orang Melayu untuk Umno terus kekal berkuasa?Disebalik kalimah Melayu itulah kita kehilangan harta negara berbilion ringgit dengan menyerahkan dua telaga minyak di Sarawak yang bernilai RM320 bilion seperti yang didakwa Tun Mahathir.Kalimah Melayu itu juga Malaysia membuat pertukaran tanah dan aset negara di Tanjung Pagar bertukar tangan . Hebatnya Melayu Umno pertahan harta negara! Kalimah Melayu itu juga judi bola disokong dan dipertahankan Melayu Umno. Kalimah Melayu itu jugalah Umno-Bn jadikan Apco talibarut Israel sebagai penasihat kerajaan.
Laporan oleh Malaysian Insider; “Tiada masa saya tidak susah, cuma suka (hari gembira) saya lebih daripada susah.” Demikian rumusan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas dua dekad kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan kepimpinannya sejak akhir 1990, Nik Aziz berkata, “susah senang memang hidup saya.”
“Hidup seorang pejuang mesti ada senang, ada susah... tiada masa saya susah, senang campur susah susah campur senang, saya boleh bertahan,” kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di Kota Baru baru-baru ini.
Mursyidul Am PAS ini menambah, sebagai seorang Islam beliau yakin bahawa apa yang dibuatnya adalah betul.
“Allah akan bagi restu kepada saya, dunia akhirat, ini kelebihan Islam,” kata pemimpin berusia 79 tahun ini yang sejak dua tahun kebelakangan ini berhadapan siri kritikan termasuk berhubung isu pelantikan anak dan menantunya dalam jawatan agensi kerajaan negeri.
Mereka termasuk Nik Abduh dan menantu Ariffahmi Abdul Rahman.
Mengulas lanjut peringkat awal memimpin Kelantan, Nik Aziz berkata, beliau sudah tentu berhadapan dengan kesukaran jika memimpin tanpa ada pandungan dan pengalaman pemimpin lain sebelum itu.
“Tetapi oleh kerana sebelum saya datang, sudah ada pemimpin, pemimpin yang saya maksudkan ini ialah Nabi Muhammad... Nabi Muhammad adalah pemimpin yang dilantik oleh Allah sendiri,” katanya.
“Kesusahan yang menimpa saya dalam memimpin ini, 101 (peratus sedikit) berbanding dengan Nabi Muhammad, terlalu sikit kerana segala usaha penentangan yang dibuat oleh manusia kepada Nabi, orang yang sama... oleh yang demikian, saya hanya tiru, tiru, tiru ajaran Nabi Muhammad.
“Perkara yang pertama Nabi Muhammad atasi ialah pemikiran manusia, bukannya jalan. Kalau Nabi Muhammad tak ada pun manusia akan buat jalan, saya pergi ke China tiga, empat kali, saya pergi ke London serupa sahaja.
“Sedangkan China komunis, dan Amerika ini demokrasi, orang ini berperang bukan... tapi dari segi jalan serupa sahaja, fizikal serupa, yang penting ialah pemikiran. Nabi Muhammad bawa Islam supaya manusia tumpu pada Allah,” katanya lagi.
Dalam temu bual yang turut diselitkan dengan misalan-misalan prinsip agama, Nik Aziz menambah, oleh yang demikian manusia tidak boleh pandai-pandai bertindak.
“Tak boleh pandai-pandai di atas bumi yang ditumpang ini. Macam saya, walaupun saya menteri besar, kalau saya pergi kampung saya tak boleh masuk dapur.
“Saya menteri besar pun saya menumpang rumah orang,” kata beliau. yang meluangkan setiap Jumaat untuk kuliah pagi di Dataran Ilmu, Kota Baru.
Menggambarkan lagi perjalanan kepimpinananya, Nik Aziz memberitahu, Melayu Umno menggunakan dendam dan kekerasan dalam menghadapi perjuangan PAS.
“Alhamdulillah... dulu dalam 50 tahun dulu, masa mula-mula PAS terima (ditubuhkan) dulu, Oh! bukan sahaja Umno-Melayu ini lawan saya, sampai tok guru agama pun ditangkap ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) oleh Umno, tok guru-tok guru banyak kena ISA kerana Umno tidak boleh jawab.
“Bila kita soal orang, bila dia tidak boleh jawab, dia (akan) guna kuasa, manusia akan guna kuasa selagi dia tidak boleh jawab... macam sekatan jalan, polis buat sekatan jalan, (dan tanya) ada lesen?
“Kalau boleh jawab kita jawab, (misalnya) baru sekejab tadi lesen jatuh dari poket saya, kita boleh jawab. Tapi bila lesen tak ada, pemandu ini guna kuasa dia melarikan diri atau dia merempuh polis.
“Bila dia merempuh polis, bila kita tak boleh hujah kita menggunakan kekuasaan, manusia begitu,” katanya sambil menambah, “begitu juga dengan PAS dan Umno.”
Nik Aziz mempertahankan partinya dengan berkata, PAS berada di jalan yang sebenar sejak ditubuhkan enam dekad lalu.
“Umno tak boleh jawab, maka dia guna ISA untuk mendiamkan, mematikan pemikiran rakyat sendiri,” kata Nik Aziz yang salah seorang anak lelakinya turut ditahan di bawah ISA ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ini dendam yang dibuat oleh Melayu-Umno terhadap perjuangan PAS. Anak saya kena ditangkap ISA, tak tahu apa sebab, banyak (lagi) guru-guru agama,” kata Nik Aziz lagi.
Nik Adli ditahan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan dibebaskan lima tahun kemudian.
Ketika ditanya adakah beliau sedih anaknya ditahan di bawah ISA, Nik Aziz memberitahu, “sedih itu sedihlah.”
“Tetapi saya dah tahu dari awal-awal lagi, lawan Umno ini bukan sebarangan orang, Umno ini ada kuasa,” katanya sekali lagi merujuk kepada pengalaman Nabi Muhammad yang terpaksa meninggalkan Mekah untuk ke Madinah “oleh kerana jahatnya bapa saudara.”
“Jadi saya tahu, bila saya lawan Umno saya tahu benda ini, sedih, sedih lah tapi kita ada Tuhan, kita berdoa,” katanya.
Nik Aziz seterusnya menjelaskan bahawa beliau berpegang pada prinsip semua orang akan mati satu hati nanti.
“Mu (kamu) akan mati aku (saya) akan mati, dia akan mati, mati dah banyak dah... ketua-ketua polis yang kacau itu dah mati habis dah.
“Sebab itu kata saya tadi, walaupun tugas saya berat untuk melawan Umno, tapi saya ada contoh untuk tiru sebelum saya datang iaitu Nabi Muhammad, ada senang ada susah,” kata beliau dengan menambah oleh kerana Umno dari awal-awal lagi sudah menolak Islam dengan menggunakan kebangsaan Melayu, maka tiada contoh kepimpinan untuk mereka jadikan sebagai teladan.
“Dia buat salah, tak erti dosa, sekarang alhamdulillah bukan sahaja Melayu Umno sokong PAS, malah Cina, India... dia sokong dengan adanya Kelab Penyokong PAS, bukan Kelab Penyokong Umno.
“Dia tahu PAS tidak ada apa-apa, tapi ada kebenaran, manusia boleh hidup dengan kebenaran, hati senang,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada gembira dengan pencapaian sebagai Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menambah:
“Alhamdulillah... saya walau bagaimanapun gembira. Pertama, saya berada di landasan yang betul, ini perkara pokok.”
“Soal orang hendak sokong, orang tidak mahu sokong, itu masalah orang. Saya gembira kerana saya berada di landasan yang betul iaitu Islam.
“Islam datang daripada Allah, bukan daripada Nabi Muhammad, bukan dari PAS tidak,” katanya.
Mengenai kritikan terhadap kepimpinannya, Nik Aziz berkata, isu yang paling banyak dilontarkan oleh Umno ialah tiadanya pembangunan.
“Tetapi sekarang ini dia sendiri boleh tengok pembangunan. Berbanding dengan 10 tahun dahulu sekarang pembangunan banyak (dapat dilihat di Kelantan). Susah Umno sekarang, susah Umno apabila melihat pembangunan di Kelantan dan di Kota Baru.
“Dulu dia kritik tiada pembangunan, sekarang ada pembangunan, baru-baru (kami) menandatangani perjanjian pembangunan Bandar Baru Tunjong,” kata Nik Aziz yang merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjong.
Bandar yang meliputi kawasan seluas 800 hektar itu terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Kota Baru dan mula diusahakan pada Februari 2006.
Beliau juga menjelaskan, isu pelantikan Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
“Saya melantik menantu saya di depan penasihat undang-undang dalam mesyuarat penuh, depan setiausaha kerajaan negeri, dia tak kata apa-apa, dia senyap... dia tak kata apa-apa, diam.
“Dalam Islam diam itu tanda bersetuju... tak salah saya, dia diam, tiada bantahan. Sekarang saya minta dia keluar (berhenti),” katanya lagi.-Malaysian Insider.
Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.
“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.
“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Chua lagi, "Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana," katanya.
Chua berkata tindakan berkenaan haanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.
“Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN,” katanya.-Malaysiakini Chua: Umno-Bn akan dilayang kad merah.
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tidak berapa sebulu dengan TunMahathir dalam isu Perkasa dan Gertak tapi dalam isu judi bola Nazri bersetuju pandangan dengan Tun Mahathir.
“Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka.
“Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja,” kata Nazrikepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
Depa hanya beza pendapat dalam isu Ngo Melayu tapi kalau bab judi depa boleh bersatu! Lapor Malaysian Insider lagi;
Di sebalik pandangan ini, Nazri bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa tindak membangkang Pakatan Rakyat adalah disebabkan motif politik, bukannya kerana Islam.
Angin tak ada , ribut pun tak dak tup-tup muncul pulak cerita Jemaah Islamiah (JI) di IPT. Ketika negara heboh dengan isu Apco, keganasan Israel, judi bola, rakyat 'dipaksa' untuk dengar kisah JI yang tah betoi entah tidak. Dalam laporan media pro Umno Utusan Malaysia Online JI:KPT Sedia Tubuh Jawatankuasa Khas melaporkan ;
Kementerian Pengajian Tinggi bersedia membentuk satu jawatankuasa khas membincangkan masalah penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui jawatankuasa itu nanti semua pihak yang berkaitan dengan masalah itu dapat bertemu dan mengadakan perbincangan secara berkala di samping mengenal pasti peranan masing-masing.
Menurutnya, usaha penubuhan jawatankuasa khusus itu penting untuk mengelakkan perkara seumpama itu dari terus memudaratkan negara.
Katanya, pertemuan yang bakal diadakan pada minggu hadapan itu secara tidak langsung dapat menentukan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak IPT dalam membantu pihak polis.
"Pihak kementerian akan terus memberi kerjasama dengan pihak polis dalam memberikan bantuan untuk mengekang masalah ini dari terus berlanjutan.
"Sebelum ini pun menurut pernyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, satu pertemuan melibatkan pihak polis dengan pegawai-pegawai kanan IPT akan diadakan untuk membincangkan masalah ini," katanya.
beliau mempercayai ada di kalangan mereka yang terlibat dengan kegiatan JI terdiri daripada kategori ahli biasa dan perekrut.
"Biarpun begitu keadaan masih lagi terkawal dan tidak begitu membimbangkan kerana buat masa ini belum ada tangkapan dibuat.
"Kalau dikira institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja kita mempunyai bilangan 250,000 tenaga pengajar dan 450,000 pelajar di seluruh negara," katanya.
Menurut beliau, pihaknya tiada halangan sekiranya pihak polis mahu melakukan tangkapan ke atas mana-mana pensyarah atau pelajar yang terlibat dengan kegiatan tersebut.-Utusan Malaysia Online.
Siapa pulak yang akan ditahan dibawah akta zalim ISA?Paling senang tangkap orang ialah ISA. salah tak salah Menteri Dalam Negeri ada kuasa penuh untuk hantar sesiapa yang ditahan di bawah ISA ke Kem Tahanan tanpa bicara di Kamunting, Perak.
Kerja-kerja dakyah palsu untuk buruk-burukan agama Islam jika dimainkan oleh bukan Islam kita cepat melenting dan lawan sampai hangit. Bagaimana pulak jika dakyah palsu dan bohong kata penganut Islam dan agama Islam itu ganas dan pelampau dimainkan sendiri oleh manusia yang juga bergama Islam?Ketika satu dunia benci dan meluat dengan kelaku Zionis Israel kita pulak disumbat dengan berita-berita orang Islam pulak jadi pengganas dan pelampau nak bom kuil dan tokong di Malaysia!
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digesa mendedahkan nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti, mereka cuba menyerang tempat ibadat bukan Islam di negara ini.
Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Mohamed Idris dalam kenyataannya berkata jika tidak ada bukti terhadap jenayah itu, mereka yang menyebarkan berita palsu berkenaan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Islam perlu diseret ke mahkamah.
“Kami menggesa Ketua Polis Negara supaya mendakwa mereka (pengganas) di mahkamah jika terdapat bukti yang menyokong dakwaan bahawa mereka merancang untuk memusnahkan kuil itu.
“Jika tidak terdapat bukti terhadap jenayah yang didakwa itu, maka mereka yang bertanggungjawab mereka-rekakan dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam itu hendaklah dibawa ke muka pengadilan,” katanya.-Malaysiakini.
Awas ! Bila PM Najib kata tarikh pru 13 akan jadi satu kejutan semua pihak. Bukan tarikh pru saja akan terkejut banyak perkara lain yang libatkan isu Islam dan Melayu akan jadi kejutan selepas ini. Berkaitan; Dakwa atau kamu hanya cuba burukkan Islam-SM Idris-Harakahdaily.
Pagi tadi aku berkesempatan ziarah ke rumah Mat Sabu AJK Pas Pusat di Shah Alam. Isterinya Kak Normah tak ada di rumah menguruskan dokumen peribadinya yang hilang. Anak Mat Sabu yang lelaki , Saiful kebetulan ada di rumah dan sempat menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya ekoran insiden dirompak di kawasan parking kereta di belakang bangunan PKPS yang turut menempatkan Bank Islam di Shah Alam.
Kata Saiful, "Penyamun tersebut menumbuk dahi mak dan memukul di bahagian lengan menyebabkan tangan mak jadi lebam. Mak jadi trauma dengan kejadian tersebut . Sebahagian dokumen peribadi seperti kad pesara dan kad ATM di jumpai semula di kawasan Subang. Duit semua lesap."
Difahamkan semasa kejadian tersebut Kak Normah seorang diri dan kawasan belakang bangunan PKPS itu tidak ramai orang yang lalu lalang.
Datuk Seri Nazri Aziz percaya Perkasa dan Gertak, yang kedua-dua program utama yang berkontroversi dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, akan “lenyap” tanpa sokongan bekas perdana menteri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang-orang Melayu kelihatan menonjol sebab bekas perdana menteri memperakui pendirian mereka menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Pandangan keras ini merupakan yang kedua datang daripada pemimpin Umno dalam tempoh dua minggu ini.
Dua minggu lalu bekas menteri Kabinet dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz juga melahirkan pandangan yang hampir serupa mengecam Perkasa.
Rafidah dan Nazri merupakan ahli Parlimen dari Perak.
“Beliau (Dr Mahathir) adalah ikon mereka. Kumpulan macam Perkasa, Gertak akan mati tanpa kehadiran Dr Mahathir,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual khas minggu ini.
Nazri menekankan, sebahagian kecil pengikut kedua-dua kumpulan ini mendakwa Dr Mahathir mempunyai sokongan kumpulan minoriti orang Melayu.
“(Tetapi) masih ada ramai orang Melayu yang percaya dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak (selaku perdana menteri dan presiden Umno). Kumpulan-kumpulan macam ini hanya elemen pinggiran (dalam politik negara),” kata Nazri yang ditanya mengenai respons kepada program Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 orang.
Bagaimanapun Nazri mempertahankan kehadiran Ahmad atas alasan ia bertujuan menghormati Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.
“Orang Melayu lazimnya akan menghormati pemimpin-pemimpin lama mereka... satu-satunya yang tidak pergi ialah saya,” kata Nazri dengan berseloroh.
Nazri dilihat sebagai antara pemimpin Umno yang ‘bertegang leher’ dengan Dr Mahathir dalam banyak isu termasuk ketika beliau mengecam kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Mahathir merasmikan perhimpunan tahunan pertama Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di negara ini, Mac lalu.
Awal minggu ini, beliau berucap pada program kontroversi “Bangkit Melayu”, yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu bagi mengembalikan semangat orang Melayu dengan mempelajari peristiwa 13 Mei 1969.
Pada majlis itu beliau memuji kerajaan pusat telah membetulkan kesilapan dalam Model Baru Ekonomi menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.
Dr Mahathir berkata, RMK-10 mengenal pasti masalah-masalah menyentuh kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, yang telah diketepikan dalam syor MBE.
“Beliau adalah perdana menteri terbaik negara pernah miliki. Isu saya, selepas beliau berhenti jadi perdana menteri, beliau menyusahkan kita.
“Dr Mahathir perlu ingat bahawa perdana menteri sekarang ialah Najib. Beliau harus membantu kami, tetapi apa yang beliau lakukan sekarang ialah membantu pembangkang,” kata Nazri.
Menteri undang-undang dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen ini memberikan contoh bagaimana pada awal 1990-an Dr Mahathir ketika menjadi presiden Umno ketika itu telah menasihatkannya supaya tidak mengecam kepimpinan ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Tambi Chik.
Ketika itu Nazri merupakan naib ketua dan kemudian dilantik sebagai pembangku selepas Rahim meletakkan jawatan.
“Sejak itu, Dr Mahathir memberitahu bahawa jika ada apa-apa isu, saya harus menyelesaikan dalam empat dinding ini... beliau memberitahu, saya boleh jumpa dengannya (jika ada bantahan).
“Tetapi kini (saya merasakan) beliau harus menerima nasihat beliau sendiri,” katanya.
Wakil rakyat Padang Rengas ini menambah, Dr Mahathir dengan sendiri “memusnahkan legasinya”, dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional semasa.
“Beliau menghasilkan kami semua... saya adalah hasilan beliau, Najib juga hasilan beliau. Jangan bunuh hasilan anda sendiri,” katanya.-Malaysian Insider Nazri:Perkasa, Gertak akan lenyap tanpa Dr M.