Isnin, 17 Oktober 2011

Umno serlahkan kepuanan dan kepondanan kepada parti Gerakan

Kalau lah ayat seperti ini Najib: Umno tidak tuntut teraju negeri jika BN rampas balik Pulau Pinang dan Umno tak akan tuntut jawatan KM Pulau Pinang (klik dan baca) ini keluar daripada parti Pas sudah tentu Umno akan kata  memang betoi la Pas kuda tunggangan DAP, Pas rebah di kaki Dap, Pas sujud di kaki Dap. Tapi disebabkan ayat di atas keluar daripada mulut pemimpin Umno ia tak jadi hal .Tak jadi kudis pun kata orang Utara.

Sama la macam pemimpin Umno yang dok jaja dan report polis kata prof Aziz Bari tu penderhaka kepada Raja dan Sultan tapi dalam masa yang sama penderhaka nombor satu ialah Umno.Umno yang yang ajar orang lain jadi derhaka nak buat lagu mana!

Sama juga macam isu hudud yang dipanaskan Tun Mahathir.MCA siap bagi warning kepada Umno jika laksana hudud MCA akan keluar daripada BN!Perkasa senyap . Pemuda Umno diam lidah kelu tak boleh nak kata apa.Lepas tu Umno dan MCA pakat berlumba-lumba hina hukum Hudud hukum Allah SWT. Umno nak buat hudud apa Najib sendiri kata Malaysia tak akan laksana Hudud.Tun Madey kata hukum Hudud di Kelantan zalim dan tak adil sama macam Sisters In Islam.

Lihatlah betapa pondannya Umno dalam berpolitik.Tapi nak heran apa semua Umno dah gadai.Untuk lalikan orang Melayu , Umno jamu orang Melayu makan free.Janji boleh makan free tak perlu lah orang Melayu nak sibuk dengan saham bumiputera /Melayu lesap RM52 bilion.Tak perlulah orang Melayu nak pikir-pikir macam mana Bik Mama boleh import cincin permata RM24 juta dari USA.Janji makan kenyang, tidur lena sudah lah.

Parti Gerakan adalah parti yang dah nyawa-nyawa ikan.Hidup segan mati tak mahu.Umno masih taruh harapan agar parti Gerakan jadi parti yang disokong orang Cina.Eloklah Koh Tsu Koon bunuh diri dalam politik jika nyawa Gerakan berkubur dalam pru 13 sama macam Najib yang kata nak bunuh diri dalam politik jika bajet 2012 tak jadi kenyataan .Cakap boleh la...

1 ulasan:

  1. Untuk Prop Aziz Bari. Anda adalah idola rakyat... bukan Prop Kangkung seperti yang dilahirkan UMNO dan bersepah di tepi jalan. Rakyat sentiasa menyokong anda, kerana rakyat (terutama Melayu) ketandusan cerdik pandai yang berkredibiliti dan mampu bercakap benar kerana kebanyakan mereka telah disumbat mulut dengan wang dan projek oleh UMNO. Jangan rasa gundah gulana, kerana kalau dibuat undian secara kolektif dan adil sekarang ini, taraf Raja Gopal sama sahaja dengan UMNO, kerana metaliti mereka pun memang UMNO. Akan sampai suatu masa di mana rakyat sudah tidak lagi menghormati dan memperdulikan mereka ini kerana mereka juga yang tidak memperdulikan rakyat melainkan tembolok mereka sahaja. Rakyat hidup dalam kesempitan apa yang mereka lakukan? Kadangkala kemarahan rakyat juga ibarat air di empangan, apabila ia pecah maka segala-galanya akan hanyut dan tenggelam termasuk parti pembodek UMNO yang mencari sokongan dan harta untuk kroni dan famili atas nama Raja Gopal, akan hanyut dan tenggelam juga.

    BalasPadam