Selepas Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar lahirkan kebimbangan BN akan kalah teruk pru 13 jika isu ISA tidak ditangani dengan betul, MCA yang kata tak mau apa-apa jawatan jika kalah teruk pilihanraya akan datang, kini mantan PM Tun Mahathir ulangi lagi kata-kata jika pru diadakan sekarang Umno boleh kalah teruk.
“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang
kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang
jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir kepada
pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan
perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan
(JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang
besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang
Umno ini terhapus.
Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan
sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak
lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.”
“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal.
Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh
menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun
tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk
lain,” katanya dipetik Bernama Online.
KPN bimbang, MCA bimbang, Tun Mahathir bimbang Umno-BN tumbang.Yang tak bimbang rakyat yang sudah muak dengan BN.Rakyat akan berpesta sakan jika BN tumbang.Rakyat mau kerajaan baru bukan lagi kerajaan yang bernama BN.
Pakatan tak bimbang ka nak hilang Selangor? Hangpa kumpul duit banyak2 simpan bila kami umno ambil alih kami enjoy sakan.
BalasPadamSpesis apa ni...??otak letak di kepala lutut.
BalasPadam