Rabu, 26 Oktober 2011

Mike Tyson beri amaran

Baca dan lihat siapa yang hadir dalam perhimpunan agung Perkasa.Siapa yang tak kenal Mike Tyson memang tak layak baca media baru ha ha.Layakkah Mike Tyson ni cakap pasal hak asasi?Mike Tyson ni pernah dipenjara dua bulan dan denda RM2000 kerana menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hingga lebam biji mata pada 20 september  1998 jam 10.45 malam ketika bekas TPM itu ditahan di dalam lokap.Hakim yang jatuh hukum terhadap Rahim Nor berkata ;
Selain itu, kata Hakim Shaik Daud, beliau ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada mahkamah-mahkamah yang lebih rendah bahawa ia seharusnya menangani kes-kes melibatkan pegawai polis memukul sesiapa pun dengan serius.
``Tanpa mengira pangkat pegawai polis yang didapati bersalah memukul mana-mana orang awam ataupun seseorang tahanan seperti kes ini,'' tegas beliau.
Hakim Shaik Daud menjelaskan lagi, sebagaimana yang dinyatakan pada awalnya, mahkamah itu tidak mendapati sebarang kesilapan dalam undang-undang atas hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen tersebut.Baca semua di sini.

Bekas IGP: Awas gelombang hak asasi-Malaysiakini

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."
Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.
"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.
Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.
Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.
Beliau yang juga bekas pengarah cawangan khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.
"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA... Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.
Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan seorang lagi bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus.
Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut hadir di perhimpunan berkenaan.-malaysiakini

Parti mana nak ambik Zul Kulim yang kini dah dilantik sebagai Naib Presiden Perkasa jadi calon?Parti mana....?Baca di sini.
 

2 ulasan:

  1. Manusia ni digelar "Kaki Pukul".Sebenarnya dia "Kaki Pukul Dayus" sebab pukul orang yang kedua tangan digari kebelakang.Berani cakap pasal "Hak Asasi Manusia" - Cuba tanya dia,dimana ada hak asasi manusia yang dipukul hampir mati,dengan tanga digari kebelakang.Inilah jenis manusia yang diberi penghargaan oleh Pekasam.Dulu beri penghargaan kepada Mamak Kutty,yang rosakkan institusi raja.Haprak punya Brahim Katrak.

    BalasPadam
  2. KALAU AKU DULU RAHIM NOOR ,AKU LANYAK SI ANUGAY JAMBAN MACAM ROTI CANAI.LEPAS TU BAGI MAKAN KAT LANGAU .RAHIM NOOR TAHU SIAPA DIA SIANUGAY .SEKARANG DAH TERBUNGENG SEGALA DOSADOSA BESARNYA .TANPA NAMA 10:36 PTG BAGUS PERTAHAN SI ANUGAY .PERNAH MENYONDOL DAN TERSONDOL KE DENGAN PORNSTAR ANUGERAH NERAKA TU.

    BalasPadam