Selasa, 18 Oktober 2011

Hutang Negara boleh cecah RM 1Trilion:'Bio pape ase begaye'

 REFSA:Hutang negara mungkin RM1 Trilion

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang  lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," petik laporannya itu.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," petik laporan itu.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.-Malaysiakini

Negara Eropah yang muflis dan bangkrap yang dibeban hutang kini ialah Greece.Greece kini meminta sedekah untuk dapatkan pinjaman tapi  dapat syarat -syarat ketat untuk lunaskan pinjaman.Rakyatnya hanya mampu bangun dan bangkit tunjuk perasaan di jalanraya.Semuanya sudah terlambat.


Tun Madey yang mahu impiannya tercapai Malaysia jadi negara maju 2020 mungkin tak kesampaian jika laporan di atas jadi kenyataan,Malaysia akan ikut jejak langkah Greece.Bangkrap dan muflis.

Ada Makcik Felda kisah negara jadi bangkrap dan muflis?Yang jadi isu ialah derhaka raja dan sultan.Yang jadi isu ialah isu seks.Seronok dapat makan free.Jika negara bangkrap adakah pemimpin Umno hidup susah?Noooo.Semua dah standbye untuk lari ke luar negara.Yang tinggal JKKK Umno, penyokong Umno, Melayu , Cina , India , Dayak, Iban , Melanau tanggung hutang. 

Bajet 2012 ada harga barang turun?Ayam daging sekilo RM8.Daging tempatan RM20 sekilo.Ikan kembong sekilo RM14.Bajet 2012 bajet syokkan golongan peniaga naikkan harga barang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan