Rabu, 19 Oktober 2011

Agenda selamatkan akidah atau selamatkan periuk nasi Umno?

Saya tak kisah sapa nak berhimpun, berhimpunlah tu hak demokrasi masing-masing.Masing-masing berhimpun ada agenda.Kalau tak ada agenda buat apa pi berhimpun takkan nak tokak dan gigit kerusi dan besi pagar stadium.Macam jugak demo Bersih 2.0 pada 9 Julai ada agenda.Agendanya ialah 8 tuntutan Bersih mau pru jadi bersih bukan berkelodak dengan segala noda dan dosa kaki penipu dalam pilihanraya.Umno-Bn la sapa lagi

Himpunan Sejuta Umat (Himpun) nak berhimpun di Stadium Shah Alam Sabtu ini .Yang pasti akan berhimpun ialah orang Melayu dan Islam.Orang bukan Islam mampoih tak pi.Himpunan ini ada kaitan katanya dengan isu murtad.Nak selamatkan akidah orang Islam katanya.Jadi murtad bukan hanya istihar keluar agama tapi cukup dengan kata hukum Islam, undang-undang Islam zalim dan tak adil.Orang Islam kena potong tangan, orang bukan Islam tak kena potong ini tidak adil.Ayat-ayat seperti ini banyak terkeluar daripada mulut pemimpin Umno.Yang duduk dalam Islam sendiri banyak jadi murtad disebabkan mulut mereka yang celupar terhadap hukum Islam,tapi banyak golongan agama dan cerdik pandai tak berani tegur takut periuk nasi terbalik.

Dengar kabar  ada tiga Mat akan muncul dalam isu nak selamatkan orang Melayu -Islam daripada murtad dalam himpunan Himpun.Mat Kotak, Mat Bisul Kulim dan Mat Katak akan hadir sama meriahkan himpunan HIMPUN.Kaki -kaki pengampu dan putar alam ni memang pandai ambik kesempatan bila ada sesuatu isu so..boleh lah muka depa keluar dalam media Meloya dan TV tiga suku.Sapa tak kenal tiga Mat ni tolong cari dalam lebai Google.

NGO-NGO kristian didakwa bagi bantuan makanan, ubat-ubatan dan duit kepada orang Islam yang miskin dan dalam kelaparan.Habis NGO Islam bagi apa kepada orang miskin?Duit zakat beratus juta takkan tak sampai kepada orang Islam yang miskin yang didakwa dapat bantuan NGO Kristian?Takkan duit zakat hanya untuk buat bangunan menara kembar tiga saja?Tak percaya pi la tengok .

Takkan orang Islam jadi begitu bulur hingga sanggup ke Gereja untuk dapat sesuap nasi?Di mana maruah jabatan agama yang hanya sibuk tangkap orang Islam mengajar dalam masjid tak ada tauliah.Masuk masjid cerita hal pengalaman hidup kena ada tauliah tayang video lucah tak payah tauliah!

Allah SWT yang melaknat Iblis kerana tak mahu sujud kepada Nabi Adam A.S meminta tempoh kepada Allah SWT untuk menggoda manusia ke arah kejahatan dan masuk neraka sama seperti Iblis hingga dunia kiamat.Apa persediaan kita yang setiap hari digoda Iblis dan Syaitan?Berapa ramai jumlah umat Islam yang tidak menunaikan solat yang jadi tiang agama?Jika ini tidak ada, buatlah persediaan apa pun pasti lingkup dan berkecai.Selamatkan akidah daripada murtad tapi bagaimana jika umat Islam tidak solat, kaki minum arak.Pemimpin minum arak , kaki botol dan kaki betina tapi berlagak nak pertahankan Islam,Boleh pakai ka pemimpin macam  ni?

Sebelum pru 2008 Pemuda Pas Kawasan Shah Alam mengedarkan risalah 'Gejala Murtad'dalam program musabaqah  bacaan al-Quran peringkat kebangsaan di luar Stadium Malawati , Shah Alam telah ditahan pihak polis. Pemuda Pas Shah Alam  tidak dibenarkan meneruskan edar risalah tersebut atas arahan penganjur. Tak ada mana -mana NGO pun yang bagi sokongan moral terhadap kes tersebut.

Baca juga;
Himpun tiada kaitan dengan Zul Nordin, Ezam , Ibrahim Ali-M'kini
Kristianisasi jadi isu perhimpunan 22 okt kata Mat Kulim
Himpun ;Pas tidak terlibat-Harakahdaily
Pemuda Pas sokong sertai Himpunnan sejuta umat-M'insider
'Negara Kristian':MP gesa gantung permit Utusan-M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan