Khamis, 27 Oktober 2011

Lembu feedlot RM250 juta : TPM dan dua menteri tak berani buka mulut



Wajah-wajah  pejuang bangsa Melayu yang dicemburui pemimpin Pas dan PKR ha ha.Mereka patut dibakul sampahkan dalam pru 13 akan datang.Ada hati Noh Omar nak jadi MB Selangor ha ha.

Tiga pemimpin Umno di atas Muhyiidin Yaasin Timbalan Presiden Umno dan TPM Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil Menteri Ketua Wanita Umno Malaysia dan juga Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga dan Masyarakat dan Noh Omar Timbalan Ketua Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani wajib bertanggungjawab di atas kegagalan projek lembu feedlot yang bernilai RM250 juta.

Bagaimana pulak dengan dakwaan bahawa projek lembu feedlot itu telah diberikan kepada suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno Malaysia.Ketiga-tiga pemimpin Umno di atas hanya berdiam diri atas dakwaan tersebut.

Prestasi hambar :NFC serah Noh Omar untuk jawab-Malaysiakini

Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya

Sebaliknya, menurut jurucakapnya  Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"(Noh) akan jelaskan isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen pada penggulungan bahas minggu akan datang," katanya menjawab soalan e-mel yang diajukan.

Malaysiakini
menghubungi NFC bagi meminta ulasan berhubung laporan audit yang mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya serta juga dakwaan yang dibuat oleh PKR bahawa projek yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.

PKR telah berkata mereka akan "mendedahkan" lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan itu jika menteri Umno itu dan menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak menjelang Isnin depan.

Malaysiakini juga meminta ulasan mengenai penemuan audit bahawa badan itu kekurangan  4000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu bermasalah sehinggan memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.-Malaysiakini

Berkaitan;
Pusat penternakan gagal :Suami Sharizat dan anak ada kepentingan-Keadilandaily
Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250 juta-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan