Sabtu, 15 Oktober 2011

Jaga -jaga PR Selangor! Warga Emas dapat shooping RM100 , warga asing dapat jadi usahawan

Saya memang tergelak sakan bila pihak polis kata warga asing yang dibawa ke Putrajaya daripada Johor yang didakwa dapat IC sebenarnya dibawa untuk berkursus dalam bidang keusahawanan.Ishh nak sebut pun payah aiih!

Tapi nak habaq bagi kerajaan PR di Selangor yang kini sedang berbelanja RM100 untuk shooping warga emas 60 tahun ke atas bersama wakil rakyat Selangor di pasaraya, kena ingat dan bekerja keras melawan agenda Umno yang lebih kasar dan sanggup lakukan apa saja untuk tawan Selangor negeri paling kaya dalam Malaysia.

Ingat baik-baik PR di Selangor....Presiden Umno yang juga PM Malaysia Najib merangkap Ketua Umno Selangor pernah berkata mahu 'rampas Selangor dengan apa cara sekali pun'.Macam orang gila anak dara orang la, bini orang ka atau janda berhias ka mengorat-mengorat tak dapat , tangkap ayam hanya dapat taik, hati mula panas mula guna cara keras.Modal dah turun banyak dah tapi tak dapat-dapat juga .Lalu kata 'tak dapat cara baik cara jahat aku guna'!

Kalau warga asing dikursus jadi usahawan depa akan jadi lebih kaya lebih ramai akan datang Malaysia.Kita rakyat Malaysia nak jadi apa?Jadi tikus tengok besi, tak boleh buat apa dahhhh eeeee.Tak sedar-sedar lagi kita sedang kena main dengan BN.

Ingat PR jangan hanya buat kempen syok sendiri.Ini JB Mali maaa ada agenda mau kasi runtuh PR di Selangor.Lu ingat dia orang warga asing mau keja kebun ka, keja kilang ka kat Selangor.Mau jadi usahawan bisa buat PR jadi tak ketawan yang mana satu warga asing yang mana satu warga Malaysia.

Sindiket IC:Alasan 'kursus usahawan' tak munasabah-Harakahdaily

Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort kelmarin menghadiri kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak munasabah.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh  daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita? soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Suhaizan turut membangkitkan beberapa persoalan yang menimbulkan kecurigaan dan mengesahkan dakwaan pemuda PAS bahawa warga Indonesia, bangladesh dan Kemboja itu dibawa ke resort tersebut untuk mengambil MyKad.

Warga asing itu juga dipercayai akan didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, layanan yang diterima mereka sangat istimewa sehingga diberikan perkhidmatan pengangkutan dan bas secara percuma.

"Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?" soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Apa yang lebih melucukan katanya warga asing itu datang dari Johor ke Selangor semata-mata untuk berkursus selama lima jam sahaja.

Ini kerana jelasnya, menurut perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari Rabu, sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

Tambahnya, jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan, kenapa dalam waktu yang singkat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak polis agar tidak bersubahat melindungi penyelewengan yang melibatkan kedaulatan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan