Isnin, 17 Oktober 2011

Isu cincin RM 24 juta:Imelda Rosmah dan Najib bisa demam

PM Najib pernah berkata kepada Anwar Ibrahim yang mengajak beliau berdebat di Felda Chempelak,Labis pagi Selasa,katanya sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai banyak maklumat. “Saya boleh debat dengan dia..apa kita takut kat dia…saya Perdana Menteri saya tahu segala maklumat…jangan cuba nak cabar saya…kalau saya dedah segalanya ada yang demam nanti….terlondeh semua".-Januari 2011

Kini isu cincin RM24 juta yang landa isteri PM Najib Rosmah Mansor bagai tiada kesudahan.Isu ini terus dibongkar.Najib boleh demam jika isu cincin tiada kesudahan.Kalau Najib tak demam mungkin 'Imelda Rosmah pulak yang demam.

Serang Kubu Umno dengan risalah Imelda Rosmah-KeadilanDaily

(Oleh: Darwish Zainal)
REMBAU 16 Okt: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggempur kubu-kuat Umno dengan 25 ribu risalah seluruh negara bagi mendedahkan pemborosan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah setebal 16 muka bertajuk “Penjelasan Isu Cincin, Imelda Rosmah Boros” itu akan mendedahkan pembelian cincin berlian berharga RM24.45 juta dan pembaziran lain yang dilakukan Rosmah.
Menurutnya, serangan risalah itu akan dilakukan di lokasi yang dikenalpasti, terutama di kawasan luar bandar dan pengundi majoriti Melayu yang masih menyokong Umno-BN.
“(Kita) sedia maklum pengundi Melayu di luar bandar terlalu bergantung kepada media pro Umno seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3. Mereka masih tidak faham isu cincin berlian bernilai RM24.45 juta ini. Pelbagai fitnah dilemparkan ke atas saya kononnya saya menipu dalam isu ini.
“Dalam risalah tebal ini saya bukan sahaja menjawab segala pertuduhan dengan bukti nyata tetapi merungkai kronologi isu cincin ini daripada mula ia dibawa masuk sehingga kononnya telah dibawa keluar dari negara,” katanya
“Di dalam risalah berwarna ini saya juga membangkitkan beberapa persoalan penting yang harus dijawab segera oleh isteri Perdana Menteri,” jelas Badrul Hisham pada majlis pelancaran risalah tersebut dan Hi-Tea Keadilan Rembau di Pejabat Keadilan DUN Rantau.
Bercakap di hadapan lebih 500 penyokong SAMM dan penyokong Pakatan Rakyat, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, selama ini Pakatan Rakyat banyak bertahan di kubu sendiri dengan menepis pelbagai isu yang dilemparkan Umno-BN.
“Kini tiba masanya untuk kita menyerang pula kubu UMNO-BN. Untuk permulaan, sebanyak 25,000 naskhah telah dicetak dan akan diedarkan bermula hari ini juga.
“Selepas ini kita akan cetak risalah ini dalam bahasa Cina dan Tamil,” kata Chegu Bard.
Turut hadir di majlis pelancaran dan hi-tea tersebut ialah Naib Presiden Keadilan Dato’ Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh; Adun Port Dickson, M Ravi;  Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS) dan Ketua Cabang Keadilan Seremban Dr Ahmad Azam Hamzah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan