Ramai penyokong BN yang pakat rasa seronok tentang bajet 2012 yang dibentangkan PM Najib di Dewan Rakyat .Tambah -tambah Menteri yang kalah di parlimen Lembah Pantai Shahrizat Abdul Jalil yang saya tengok ghenyeh , senyum sampai telinga bodek Najib kata baguih sangat la bajet 2012.
Bajet yang dibentangkan Najib untuk dibelanjakan bernilai RM232.8 bilion sementara bajet PR yang dibentangkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berjumlah RM220 Bilion.Sapa yang betoi nak tolong rakyat hanya rakyat sendiri yang berhak menilainya.
Tun Mahathir ketika mengulas bajet yang dibentangkan Anwar yang berjumlah RM220 bilion tu berkata secara perli"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr
Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum
Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011
"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti
minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan
menang (pilihan raya)," katanya.
Habis bajet Najib-Rosmah ni kira baguih la?Ramai orang tak percaya dengan bajet yang dibentangkan Najib.Depa kata kerajaan nak korek dari lubang mana nak belanja banyak tu .Yang makan gaji dengan kerajaan rasa seronok sebab gaji naik 7%-13%.Yang kerja sendiri dan swasta tak rasa apa pun .Rasa barang naik ada la.
Najib pula sembang deras dengan berkata sanggup bunuh diri dalam politik kalau apa yang dibentangkannya dalam bajet 2012 tu tak jadi kenyataan.“Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan
melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya
buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh
kerajaan,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan
Bajet 2012.
PR dah perintah di 4 negeri .Rakyat dapat nilai apa yang kerajaan PR buat untuk rakyat sejak 2008 hingga sekarang.Di Selangor macam-macam skim diwujudkan untuk tolong rakyat .Ada yang nampak dan ada yang buat-buat tak nampak .Ada orang kata kat saya "Bajet Najib ni bajet teksi. Lepas pru 13 kalau BN kalah semua menteri BN pakat bawa teksi."Saya kata, "bawa teksi tak pa lagi jangan ada yang sampai bunuh diri sudah la."
Bajet sapa pun semua belanja duit rakyat bukan belanja duit BN atau duit PR.Bajet sapa pun kalau dengar semua bagus .tapi pelaksanaannya macam mana?Kalau nilai buat jalan anggaran RM10 juta tapi top up untuk kroni jadi nilai RM20 juta ,bagus ka?
Bagi rakyat yang mahu tukar kerajaan depa tak ingat apa dah.Yang ada dalam kepala hanya satu matlamat iaitu BN mesti ditumbangkan dalam pru 13 akan datang.Di akhir-akhir sisa diktator Mubarak di Mesir beliau cuba buat pembaharuan dalam ekonomi di Mesir tapi rakyat terus bangun tanpa hiraukan segala bentuk perubahan yang dilakukan Mubarak.Akhirnya Mubarak tumbang dan lari ke Laut Merah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan