Khamis, 27 Oktober 2011

Jangan hina Melayu dan Islam tapi makan untung atas angin tak pa

Daripada apa yang dilihat dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan berlakunya penyelewengan wang rakyat.Yang jaga kementerian dan kepala jabatan kerajaan ini kebanyakkannya adalah orang Melayu yang beragama Islam.Ini jelas bukan kelentong.Saya tak mau cakap depa daripada parti apa pun tapi jelas kalau tak betul samaada depa parti kerajaan dan bukan kerajaan kerja depa kaut untung daripada pejabat kerajaan.Depa berpakat dengan pembekal dengan harga yang jauh daripada munasabah.Macam saya kata orang meniaga , buat bisness belacan pun nak untung tapi kalau belacan seketul RM4  jual harga RM100 seketul mampoih orang tak beli.Tapi di pejabat kerajaan depa pakat buat bisness atas angin dengan kaut untung  tak payah keluar peluh setitik pun dengan harga yang cukup luarbiasa tapi dah jadi perkara biasa.

Tak payah contoh banyak-banyak ambik satu cukup yang lain boleh baca di sini dan di sini.Teropong Jabatan Taman Laut Malaysia harga asal RM 1940 di pasaran tapi dicaj RM56,350 sepasang!

Kita orang Melayu pakat berlumba  himpun berjuta orang Melayu pertahankan akidah tapi kerja buat kita jauh menyimpang daripada ajaran agama dalam urus tadbir negara.Masing-masing nak tunjuk jaguh jadi juara berjuang nasib bangsa dan agama tapi itu semua hanya wayang saja.Nak cari peluang dan lubang untuk kayakan perut sendiri ada la.Sibuk nak gubal akta murtad tapi dalam masa yang sama kita tak berani buka mulut untuk lawan apa yang dilaporkan dalam laporan audit negara 2010.Yang penting bangsa Melayu jangan dihina, makan untung atas angin duit rakyat banyak mana pun tak pa.

Presiden Perkasa Braheng Ali dengan bangganya bagi amaran bahawa pengikut setianya yang kononnya ada 300,000 orang akan tolak calon yang hina Melayu dan Islam dalam pru 13 nanti.Ewaaah...tuuu yang pelingkup duit rakyat dalam laporan audit negara 2010 tu bangsa mana yang ramai?Awat tak berani kata apa?Tak rasa terhina dan hilang maruah kah bila melihat gerombolan orang Melayu yang mengaku Islam jadi taiko makan untung  atas angin dari pejabat kerajaan dengan melampau dan ekstrim?

Rakyat pembayar cukai di negara ini bukan hanya orang Melayu tapi juga orang Cina, India dan lain-lain bangsa yang jadi warganegara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan