Jumaat, 14 Oktober 2011

Mat Kotak kaki bodek

Ezam buat laporan polis terhadap Aziz Bari-Malaysiakini

Lima laporan polis dibuat terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari kerana didakwa mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

NONEDalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada institusi Raja Melayu. Aziz Bari telah menghasut orang ramai membenci institusi Raja-raja Melayu," laporan polis itu dipetik.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Laporan polis itu juga mendakwa kenyataan Aziz boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini.

Mereka mahu Aziz dan Malaysiakini disiasat bawah akta hasutan. Laporan itu dibuat di balai polis seksyen 6 Shah Alam petang ini. Turut membuat laporan Pengerusi Gaps Hamidzun Khairuddin.

Sultan sebelum itu bertitah, siasatan JAIS mendapati cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu, Ezam mendakwa, institusi agama dan raja dicerobohi dengan "biadap" oleh Aziz dan Malaysiakini.

"Ini adalah agenda jahat yang terancang. Ini bukan pertama sekali Malaysiakini tampil dengan berita yang merosakkan institusi agama dan raja-raja," dakwanya.

Katanya, beliau percaya Malaysiakini akan terus menyiarkan berita yang merosakkan institusi negara "setiap minit" dan "setiap saat".-M'kini

Bodek cik jangan tak bodek! Macam ni baru Najib nampak Mat Kotak ni ada buat kerja.Kalau Najib tak nampak buat kerja Mat Kotak ni tak ada peluang nak jadi MB.MB dalam mimpi.

Noh Omar Timbalan Ketua Umno Selangor macam mana?Tak mau buat report polis ka terhadap Aziz Bari?Noh kini sedang dibeban dengan kes benih padi tak ada di Kedah dan Perlis. Ada yang kata benih padi dikisar jadi beras sebab tu benih padi tak ada di Kedah dan Perlis.Pembekal dua kali untung.Untung jual benih padi dan kisar benih padi jadi beras.SPRM kena siasat kenapa benih padi tak ada di Kedah dan Perlis.


Mat Kotak ni tak nak buat repot polis ka terhadap Bob Lokman yang lawan Jais.Bukankah pegawai Jais kata semua tindakan mereka 'ikut arahan' Sultan.Kini Bob Lokman kata "tangkaplah kalau nak tangkap, nak heret pun heretlah."


Mat Kotak ni tak sedar berkotak-kotak salahlaku pemimpin Umno terhadap Raja-raja Melayu yang digelapkan atau sengaja buat-buat lupa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan