Rabu, 19 Oktober 2011

KG Baru: 'Menteri Kapir New York dan Menteri Kapir London tak bebal macam Menteri Melayu-Islam'

Kata tukartiub (TT) dalam posting beliau Memahami Harga Diri dalam isu Kg Baru yang akan bertukar wajah bila akta Kg Baru diluluskan dalam parlimen baru-baru ini ;

London dan di New York.

Kota London adalah kota perniagaan paling tua. Kota London pernah menjadi kota terbesar dalam dunia. Ertinya harga tanah cukup mahal dalam kota ini. Di tengah-tengah kota London ada tanah seluas 253 hektar yang kosong. Ianya menjadi padang rumput yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan dihiasi oleh beberapa buah tasik. Di sebelah tanah kosong ini adalah kawasan hotel dan kawasan perumahan yang harganya berjuta ringgit.

Tanah ini telah dibiarkan kosong semenjak tahun 1637 lagi. Tanah kosong ini telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai bersantai. Selama lebih dari 500 tahun belum ada kedengaran cadangan dari Menteri British yang Kapir untuk membuka dan menjualkan sebahagian dari tanah ini. Menteri-Menteri Kapir ini tahu harga tanah ini. Tetapi dalam masa yang sama Menteri Kapir ini tahu juga akan nilai tanah ini.

Dari kota London biar saya bawa para pembaca ke satu lagi kawasan tanah yang paling stratejik dalam dunia ini. Tanah seluar 341 hektar ini berada ditengah-tengah kota New York. Tanah ini dibiarkan bagitu sahaja – menghutan dan mengrimba. Rasa saya mungkin tidak ada harta tanah yang paling berharga dalam dunia ini melainkan tanah kosong ini di New York. Di sebelah tanah hutan ini ialah pejabat dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa.

Bayangkan kota New York ini adalah kota Yahudi. Masyarakat Yahudi ini sering dikatakan memiliki kesedaran perniagaan yang cekap dan licik. New York ialah tempat orang Yahudi berniaga mencari untung. Justeru tidak jauh dari tanah kosong ini ialah tempat dimana para peniaga Yahudi, kapitalis gergasi dan kaum pemodal antarabangsa dunia ini berniaga. Di tepi tanah kosong in para peniaga antarabanga meniagakan riyal, dolar, dinar, minyak, rempah, emas, intan dan apa sahaja yang boleh diniagakan. Bukan sahaja disini mereka berniaga harta tanah malah di Wall Street ini mereka meniagakan turun naiknya sesebuah kerajaan.

Bayangkan di New York – kota Yahudi - masih ada tanah kosong seluas 341 hektar. Tetapi tidak terlintas dikepala ahli-ahli perniagaan Yahudi New York ini untuk membelit para politikus Amerika. Tidak terlintas dikepala peniaga Yahudi ini untuk menipu warga New York agar bersetuju diubah undang-undang Tubuh Kota New York agar tanah ini dapat dijualkan kepada Vincent Tan, Ananda Krishnan atau Teik Jo Low.

Lihat betapa berbezanya Menteri Kapir di London dengan Menteri Melayu Islam di Malaysia. Lihat betapa berbezanya ahli perniagagan Yahudi di New York dengan Menteri Melayu Islam di Putrajaya. Apakah Menteri Kapir di Lodon tidak tahu akan harga tanah di Hyde Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi di New York tidak sedar akan harga tanah di Central Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi New York ini tidak memiliki pengaruh? Saya jamin mereka tahu harganya. Mereka bukan hanya tahu harga tanah kosong tetapi mereka juga tahu akan nilai tanah kosong ini.

Disini jelas Menteri Melayu Islam ini tidak mengetahui makna nilai. Kerana mereka tidak mengetahui nilai maka bangunan-bangunan lama dirobek. Lihat bagaimana Rumah Pasong Lama, Pejabat Pos Lama, kedai-kedai lama diruntuhkan agar kroni dapat projek baru untuk mendirikan bangunan baru. Jangan sesekali kita melupakan bagaimana Penjara Pudu yang berumur lebih dari 100 tahun telah juga dirobek untuk dijualkan kepada para Cukong.

Untuk anak-anak muda. Untuk mereka yang berumur dibawah 40 tahun ingin saya beritahu disini bahawa satu ketika dahulu Bukit Ceylon itu adalah satu kawasan hutan tropikal asli yang tidak pernah diusik. Juga ingin saya beritahu disini bahawa pada satu ketika dahulu bangunan Parlimen kita dikelilingi oleh Taman Tasek berhutan tanpa Kancil, Rusa dan Kelisa menaburkan karbon monoxide.




Hari ini sejarah telah memperlihat bagaimana hutan Bukit Gasing digondolkan. Kita telah melihat bagaimana hutan Bukit Lenjan musnah. Tidak lama lagi kita akan melihat padang di hadapan Rumah Pasong Brickfeild musnah dilelong. Hari ini kita telah mendengar bagaimana Padang Kelana Jaya tempat warga bersantai telah dilelong.

Apa sebenarnya makna semua ini? Bagaimana kita hendak memahaminya? Biar saya jelaskan bahawa semua ini adalah manifestasi dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis yang diutamakan ialah keuntungan maksima. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh membuat untung akan dijual. Kalau anak, isteri atau ibu bapa boleh mendatangkan keuntungan maka – mereka juga akan dijual.

Tetapi kenapa tanah kosong Central Park di New York dan Hyde Park di London tidak dijual. Bukankah Mat Saleh Kapir dan Yahudi New Yok itu pengamal sistem kapitalis? Betul mereka mengamalkan sistem kapitalis. Tetapi para kapitalis kita adalah kapitalis dari Dunia Ketiga. Kapitalis Dunia Ketiga baru muncul – mereka lucah, rakus dan tidak memiliki nilai.

Manakala kaum kapitalis di Eropah dijana ratusan tahun dahulu. Mereka lahir dari pertempuran. Mereka bangun berjuang menentang sistem feudal yang memerangkap mereka. Mereka pemula. Mereka memeta dunia. Mereka menjana seni dan budaya. Mereka melahirkan kaum pemikir dan kaum intelektual.

Semua nilai ini tidak dimiliki oleh kaum kapitalis Dunia Ketiga seperti di Malaysia. Kaum kapitalis di Malaysia ini kalau berbangsa China atau India – teromba dan salasilah mereka adalah kuli di ladang getah atau di lombong bijih. Seni budaya dan nilai hidup bukan milik mereka.

Kaum kapitalis Melayu – ini adalah kumpulan yang baru dimunculkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mereka ini memiliki sifat yang amat hodoh. Lebih hodoh dari kapitalis China atau India yang telah wujud agak lama dlasm negara kita ini. Kaum kapitalis Melayu ini jadi kaya kerana menjual kontrek dan pencari komisen. Mereka bukan pemula, pereka atau berniaga. Inilah hakikat kapitalisma di Malaysia hari ini - kapitalisma Dunia Ketiga.

Kumpulan kapitalis Melayu ini pula akan bersekongkol dengan politikus Menteri Melayu Islam. Amat susah untuk kita mencari garis pisah antara Usahawan Melayu Berniaga Kontrek dengan Menteri Melayu Islam. Dua kumpulan ini sering bekerja sama dan kadangkala orang yang sama. Mereka berpolitik untuk mendapat projek agar menjadi kaya dengan cepat. Justeru jalan pintas untuk kaya dengan cepat inilah dengan menjual tanah Kampong Baru. Akhirnya Kampong baru di gadaikan. (TT) Baca semua di sini.

1 ulasan:

  1. Bro,
    Saya ni pun penyokong Pakatan. Tapi lebih rasional. Toksah bersangka buruk lebih-lebih pada Menteri Melayu-Islam dan kuncu-kuncunya.

    Hujah bro ni lemah sikit kali ni. Kat New York dan London tu selain 2 park tu ada ke tanah kosong lain lagi? Takda kot. Habis licin semua dah dibangunkan. 2 park tu sengaja ditinggalkan bahkan diaktakan sebagai green belt sebagai taman untuk penduduk sana menikmati kehijauan.

    Tapi lah kan bro, kat KL ni berlambak lagi tanah hijau dan hutan. Bro tak hujahkan tentang Taman Bunga KL dan kawasan sekitarnya. Kerajaan pun tak buat kecoh nak majukan taman bunga untuk pembangunan. So bro punya hujah bukan perbandingan apple to apple dan mudah sangat orang nak pertikai (panjang giler tulisan bro tentang point lemah ni!)

    Isu ni pun taklah panas bebenor ketika ni. Patutnya isu ni biar saja Lembaga M.A.S uruskan. Nanti bila kita perintah lepas PRU13 nanti senang saja penyelesaiannya insyaALLAH

    BalasPadam