Najib :BN jangan hanya jadi parti luar bandar-M'insider
Dalam mesej mahu menawan semula kerusi-kerusi tewas di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Razak mahu Barisan Nasional
(BN) menjadi parti diterima setiap lapisan masyarakat, bukan hanya
disokong pengundi luar bandar.
“Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah
Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak
sokong BN.
“Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak
BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur,” kata
Perdana Menteri pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Pada pilihan raya umum 2008 BN hanya menang di satu kerusi Parlimen
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang memperuntukan 11 kerusi.
Malah ia juga kalah banyak kerusi Parlimen di kawasan bandar di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN menegaskan “musim
telah tiba, gendang pilihan raya sudah dipalu dan kita semua dapat
merasainya.”
“Dengan ini bererti bahawa kesediaan kita bertambah lebih mantap
kerana kita ibarat nak turun di medan perang, maka kita tentu nak menang
bukan nak kalah.
“Untuk menang kita perlu buat persiapan untuk tentukan tahap
kesediaan kita, tahap siap sedia kita. Kita mesti buat persiapan
menyeluruh dari segi anggota dan yang paling penting kita jangan cipta
masalah... jangan buat masalah,” kata Najib.
Tegas Najib, meskipun BN mempunyai kekuatan luar biasa berbanding
Pakatan Rakyat, namun masalah yang ditimbulkan dalam kepimpinan parti
boleh menyebabkan parti pemerintah itu tewas.
Jelas beliau, semua anggota dalam BN perlu ketepikan masalah dalaman
parti dan memberikan tumpuan untuk membantu memenangi pilihan raya umum
ke-13.
“Ini adalah asas, kekuatan adalah anggota-anggota kita... cuba
bayangkan dalam setiap Parlimen di kalangan penyokong kita di setiap
peti-peti undi anggota BN, berapa ramai merupakan penyokong kita?
“Kita ada kekuatan luar biasa tapi kalau kita terus ada masalah
dalaman, misalnya kalau kita nak letak calon pasti menang, ini formula
terbaik, sebab kalau nak menang kita mesti letak kriteria calon yang
boleh menang tapi kalau kita dah tentukan, janganlah ada pula orang yang
tidak setuju dan ia nanti akan beri kesan kepada kita,” katanya.
Justeru Najib menasihatkan supaya semua masalah dan perbalahan dalam parti diketepikan demi masa depan BN dan juga negara.
“Ramai yang kata kita boleh menang, ramai orang cakap atas kertas
kita boleh menang, tapi itu atas kertas... kalau nak menang buat cara
nak menang, jangan berbalah sesama sendiri, jangan ada puak-puak, jangan
sabotaj parti sendiri dan jangan tarik tali antara parti komponen BN,”
katanya.-M'inisder
Macam mana kalau luarbandar pun dah tak sokong Umno-BN?Apa akan jadi dengan BN?Luar Bandar Umno gula-gulakan dengan Ketuanan Melayu supaya orang Melayu luar bandar terus sokong Umno-BN terus berkuasa.Dipalam otak orang Melayu dengan cerita seks yang tak habis-habis hingga kini supaya orang Melayu ingat hanya Umno lah yang ada pemimpin yang berjiwa bersih dan tidak ada sikit pun salah laku moral.Sedangkan Melayu bandar semua tahu apa yang terjadi dalam sejarah di Port Dikcson!
Dipalam otak orang Melayu luarbandar kata cincin BIK Mama RM24 juta hanya palsu tapi pihak kastam sendiri kata itu adalah kisah benar bukan rekaan.Orang Melayu dicuci otak jangan pikirkan pasal saham bumiputera yang lesap RM52 bilion hanya pikirkan apa yang mereka dapat daripada Umno.Dapat secupak rugi seguni!
Orang Melayu masih tak sedar mereka kena tipu bulat-bulat terutama masyarakat peneroka oleh Umno-BN.Tak percaya ?Kalau tak betul kenapa semua saman peneroka terhadap FElda boleh dikatakan semua menang ?Pihak Felda didakwa tipu timbang dan grade buah sawit tapi peneroka masih sokong Umno-BN.Sokong bawa rebah!
Kalau Dayak, Iban, Melanau, Kadazan Dusun, Orang Asli dah sedar kata BN dah nak putus haid, dah hampir monopaus tak layak lagi perintah negara ini maka habislah riwayat BN dalam pru 13 akan datang.Bajet yang tulus mulus, manis bak gula dah tak berguna lagi semua dah jadi pahit bak akar sekentot.
Najib juga memperakui apa yang dikatakan mantan PM Tun Madey bahawa Umno adalah parti yang berpuak-puak dan penuh dengan hasad dengki.Tun Mahathir yang juga pernah berkata Umno parti rasuah yang dah busuk hingga keususnya kata jika pru 13 diadakan sekarang BN akan kalah teruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan