Sabtu, 1 Oktober 2011

Nan Yaakob ..tak bayar hutang tak gila ka?

Tindakan Anak edar borang milik tanah kerja gila , kata MB Pahang-M'insider

Kerajaan negeri Pahang tidak pernah melantik mana-mana individu atau kumpulan bagi mewakilinya mengedar borang pemilikan tanah termasuk tanah milik Felda Plantation.

Sehubungan itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) menegaskan hanya pihak kerajaan yang boleh mengedar atau memberikan borang itu. Justeru, beliau menyifatkan tindakan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan parti pembangkang yang mengedar borang berkenaan di beberapa kawasan di negeri itu sebagai tindakan karut.
“Ia adalah kerja gila dan tidak masuk akal, mana boleh kumpulan atau orang lain mengedar borang tanah melainkan kerajaan negeri sahaja,” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.
Adnan berkata Pahang mempunyai keluasan 3.5 juta hektar tanah termasuk bukit bukau, kawasan tadahan air dan ladang.
“Jika tanah itu dibahagikan dua hektar seorang kepada kira-kira 1.5 juta penduduk negeri ini, sudah tentu ia tidak mencukupi, malah tanah Felda Plantation pun jika dibahagikan tidak cukup,” kata Adnan.
Sehubungan itu beliau meminta peneroka Felda terutama generasi kedua dan ketiga agar tidak mudah terpedaya dengan taktik itu yang semata-mata bertujuan menarik sokongan dan undi menjelang pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini, Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata akan mengagihkan borang permohonan tanah kepada seluruh generasi kedua dan ketiga Felda dalam himpunan besar-besaran melibatkan warga Felda seluruh negara.
Mazlan berkata langkah tersebut merupakan sebagai persediaan awal Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran 100 hari mereka yang terkandung dalam Buku Jingga.
Janji tersebut adalah untuk membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.-M'insider

MB Pahang tak sedar beliau sendiri tak mahu bayar hutang kepada syarikat pembalakan berjumlah RM70 juta yang diarahkaan Mahkamah Tinggi  Kuantan hingga pengarah syarikat terpaksa mogok lapar.Ini tak gila ka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan