Isnin, 17 Oktober 2011

Johari Baharom ingat orang Kubang Pasu tak cerdik macam dia bila bercakap

Dulu rakyat Kubang Pasu berketuakan mantan PM Tun Mahathir sebagai ahli parlimen Kubang Pasu.Tapi bila Tun Mahathir dah tak jadi PM beliau pun dah tak bertanding pertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu.Kini ahli parlimen Kubang Pasu ialah Johari Baharom .Dibandingkan Johari Baharom dengan Tun Mahathir memang jauh panggang daripada api.Banyak tak cerdiknya Johari Baharom dalam bab berpolitik dan juga akademik daripada Tun Mahathir.Johari Baharom ni semasa menjawat jawatan Timbalan Menteri dalam Negeri pernah didakwa terlibat bebaskan beberapa penjenayah melibatkan wang RM5 juta dalam tahun 2007.Beliau bebas daripada didakwa peguam negara Ghani Patail.

Johari Baharom ni bila bercakap banyak tetinggal keretapi dan bas express .Kalau beliau tak jadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani orang tak kata la dia tak berapa cerdik tapi bila jadi Timbalan Menteri dan ahli parlimen buka mulut saja orang dah tau betapa teruknya otak Johari bila bercakap.Tak ada class kalahkan kasta paria dalam negara India.Tapi nak buat macam mana ini pilihan orang Melayu Kubang Pasu yang angkat Johari sebagai ahli parlimen.Dalam dua pilihanraya umum yang lalu iaitu pada tahun 2004 dan 2008 Johari masih dikekalkan Umno sebagai calon Umno lawan Pas di Kubang Pasu.Dalam pru 2004 Johari Baharom dapat 26,657 undi (66%) manakala lawannya Dr Abdul Isa Ismail (Pas) dapat 12,945 undi (32%).Dalam pru 2008 Johari dapat 24,179 undi (57%) dan Dr Abdul Isa Ismail (Pas) dapat 17,119 undi (40%)

Kini di Kedah para petani sedang bergelut dengan tiadanya benih padi, tah hanyut ke mana.Johari nafi kata benih padi tak ada di Kedah.Dia kata benih padi ada tapi para petani kata tak ada .Siapa yang betul?

Nak baca apa komen Johari pasal hudud sila baca Johari Baharom :Pas ikut telunjuk Dap,PKR.
Mungkin Johari ingat orang Kubang Pasu lagi tak cerdik daripada beliau sebab tu dia cuba perbodohkan otak orang Melayu di Kubang Pasu.Padan la muka hang pa pilih ahli parlimen macam ni!Dalam pru 13 kalau Johari ni jadi calon lagi di Kubang Pasu, kalau orang Melayu rasa lebih cerdik daripada Johari tolaklah Johari dan Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan