Sabtu, 29 Oktober 2011

Biarkan Hasan Ali terjun dengan labu-labunya

Hasan Ali:Saya tidak kisah jika hilang sokongan Pas-M'insider

Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam PAS ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain. Tindakan yang dimaksudkan termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu bagi membincangkan isu gejala pemurtadan.
Hasan (gambar), bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah Allah.
“Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan.
“Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada
Allah s.w.t,” kata Hasan yang memegang portfolio agama dipetik Sinar Harian hari ini.
Mengenai Himpun, tegas Hasan, beliau hadir kerana menganggap perhimpunan seperti itu sangat mustahak dan selari dengan perjuangannya menegakkan akidah.
“Ini semata-mata mengenai akidah, tiada kena mengena dengan sebarang parti politik,” katanya.
Hasan berkata, seruan untuk beliau menyelamatkan akidah umat Islam adalah daripada perintah Allah manakala arahan yang melarangnya menghadiri perhimpunan itu daripada sesama manusia.
“Oleh itu, saya memilih untuk patuhi titah Allah. Ingin saya tegaskan di sini perjuangan dalam politik ada hadnya. Kecaman yang saya terima daripada manusia langsung tiada kesan. Apa yang lebih saya takutkan adalah kecaman Allah, bayangkan jika tuhan mengecam kita,” katanya.
Selain itu, beliau turut menegaskan prinsip perjuangannya yang melihat politik hanya platform untuk menyampaikan pesanan agama kepada seberapa ramai umat Islam walaupun menyedari perjuangan itu akan sentiasa mendepani halangan.
“Saya tinggalkan kehidupan dahulu kerana mahu menyebarkan mesej Islam. Saya tidak menyesal menceburi bidang politik, malah lebih menyesal jika mesej tidak sampai kepada umum,” katanya.-M'insider

Wow! sekarang dah tak kisah .Boleh cakap apa saja.Ini Hasan sedar Pas tak akan mengapa-apakan beliau dalam keadaan sekarang kerana tarikh pru dah semakin dekat.Hasan boleh pukul gendang , tabuh dan gong kerana dalam keadaan sekarang jika Hasan diambil tindakan disiplin pada tanggapan Pas boleh jejaskan Pas dalam pilihanraya.Jadi dibiarkan Hasan bercakap sampai letih akhirnya akan jadi macam gasing jatuh sendiri!

Hasan Ali ibarat Zul Nordin semasa berada dalam PKR .Tunggu Pas pecat beliau maka akan berlari-larilah Hasan Ali bersama Zul Noordin dalam satu pentas.Malah jangan terkejut jika Hasan Ali dan Zul Noordin berceramah dalam satu pentas masa akan datang.Ini politk macam -macam boleh jadi.Hang Pa ingat orang politik cakap semua betoi ka?Ha Ha..

Yaa tak sayang parti pun tak pa sebab dah boleh jadi exco, boleh jadi wakil rakyat hidup dah senang.Tu semua sebab rakyat yang benci Umnp-BN pangkah Hasan Ali bukan sayang Hasan Ali.

Jangan terkejut selepas ini ada dua tiga lagi mambang tanah , mambang  angin  dalam Pas akan menyeberang jambatan duduk atas pagar tepi rumah Umno apabila mereka tidak dipilih sebagai calon dalam pru akan datang oleh Pas.Mereka akan jadi aktor popular tanah air kalahkan Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.Muka mereka akan jadi berita utama dalam media Umno-BN kutuk Pas dan PR  bila tarikh bubar parlimen diumumkan Najib bila pulang daripada tunaikan haji di Mekah.

Kalau Si Luncai nak terjun dengan buah labunya cuma saya nak kata biarkan...biarkan...Ada pun tak menambah pi pun tak berkurang.

Kalau nak cakap bohong berlapikkan agama sudah banyak kita lihat.Malah yang sanggup bersumpah laknat dengan nama Allah SWT pun ada nak bagi orang percaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan