Khamis, 27 Oktober 2011

Laporan audit negara 2010:'Kalau meleleh tak pa lagi boleh lap'

Lagi terkini laporan audit negara 2010;

Johor belanja RM1.78 juta bagi e-NCR yang belum boleh dilayari-Malaysiakini

Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit bagi menubuhkan e-portal untuk menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam, di negeri itu tetapi portal berkenaan tidak pernah menjadi kenyataan selepas hampir empat tahun tarikh yang dijadualkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, portal 'e Nikah Cerai Rujuk' (e-NCR) - sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008, tetapi pemindahan atau migrasi data masih belum siap.

Ini berlaku meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan tersebut.

"Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja," petik laporan itu.


Papan iklan di Indonesia tanpa kelulusan Kementerian Kewangan-Malaysiakini

Semakan Jabatan Audit Negara mendapati perolehan pemasangan lima papan pengiklanan berjumlah RM3.64 juta di Medah, Surabaya dan Jakarta, Indonesia untuk tempoh setahun telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Semakan lanjut jabatan itu mendapati pemasangan papan iklan di Indonesia telah dibina pada 27 Januari 2009 sebelum mengambil kira ulasan dan maklum balas daripada pengawai Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) cawangan Medan melalui emel bertarikh 26 Januari 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan