Ahad, 16 Oktober 2011

Nak rebus aku hidup-hidup ingat aku ubi keledek ka?-Tim Pres Pas

Timbalan Presiden Pas yang berceramah di seksyen 16 , Shah Alam semalam berkata dalam ceramahnya yang turut disediakan Balai Polis Bergerak oleh pihak polis ,"Ada seorang profesor yang bernama Kamaruddin Kacha nak rebus saya hidup-hidup kalau jumpa saya.Apa dia ingat aku ni ubi keledek ka nak rebus-rebus."Kamaruddin Kacha pernah berkata nak rebus Mat Sabu hidup-hidup dalam isu yang berkaitan Mat Indera yang didakwa sebagai pejuang Melayu zaman penjajah British .

Mat Sabu dalam ceramahnya juga berkata kesan daripada apa yang beliau cakap mengenai isu Mat Indera telah menyebabkan Umno jadi lintang pukang tentang sejarah.Isu Mat Indera telah bertukar jadi haru biru bila profesor Zainal Kling kata Malaya tak pernah dijajah.Orang Umno termasuk bekas MB Umno di beberapa negeri telah marah kepada Zainal Kling.Ramai mereka di kalangan bekas MB Umno ni yang hantar message kepada Mat Sabu bagi sokongan supaya teruskan dengan apa yang beliau cakap mengenai Mat Indera.

Muhyyiddin Yaasin Timbalan Perdana Menteri terpaksa keluarkan kenyataan bahawa Malaya memang pernah dijajah untuk betulkan kesilapan profesor kangkong kaki bodek.Kata Mat Sabu, "Kalau nak bodek pun biarlah patut-patut. Ni lebih -lebih macam orang jack tayar kereta pancit la.Jangan la jack sampai terbalik kereta!"

"Saya syorkan peperiksaan PMR dan SPM ditunda kalau betul Malaya tak pernah dijajah.Ini kerana dalam buku sejarah Tingkatan Dua ditulis bahawa Francis Light yang jajah Pulau-Pinang telah menaikkan bendera Union Jack dan menamakan ibu negeri Pulau Pinang sebagai George Town.Budak-budak yang ambil peperiksaaan jadi pening sebab kalau tengok dalam tv dan akhbar Umno kata Malaya tak dijajah sedangkan dalam buku sejarah kata Malaya dijajah."kata Mat Sabu.

Mat Sabu yang kini dihadapkan di mahkamah kerana mendakwa Mat Indera pejuang Melayu , kes pertama kali dalam dunia cakap pasal sejarah kena dakwa berkata ,"Saya yakin saya dan Pas akan menang kes ini.Ini kerana dalam buku Sejarah Johor sendiri mengatakan Mat Indera memang pejuang Melayu.Ia ditulis oleh beberapa orang profesor termasuk profesor Ramlah Adam sendiri."

Sementara itu Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor dalam ucapannya merasa kesal dengan sikap pihak polis yang bersikap berat sebelah jika PR adakan ceramah.Ceramah yang sepatutnya berlangsung di luar dewan terpaksa di buat dalam dewan apabila pihak polis menutup pentas ceramah dan padang dengan garisan polis 'dilarang melintas'.

Tahniah kepada Unit Amal dan Unit Keselamatan Pas Pusat(UKEP) yang jaga keselamatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan