Sabtu, 15 Oktober 2011

Agong baru dan Timbalan Yang di Pertuan Agong baru

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muazzam Shah telah dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong ke 14 (gambar atas) berkuatkuasa 13 Disember ini, sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah dilantik sebagai Timbalan Yang di Pertuan Agong (gambar bawah yang jadi imam tu).

Sistem beraja di negara ini adalah berdasarkan Raja Berperlembagaan.Tiap-tiap negeri ada Raja kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kata Wikipedia-"Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun".Baca di sini.


Semasa Tun Mahathir jadi PM beliau telah bertindak cabut kuasa Raja-raja Melayu dengan melakukan pindaan perlembagaan pada tahun 1993.Umno buat 'roadshow' seluruh negara untuk dapatkan sokongan cabut kuasa Raja-raja Melayu.Masa tu apa yang Umno tak kata kat Raja ..semua orang tahu ! Tun Mahathir dan Umno yang cabut kuasa Raja tidak dianggap penderhaka kerana yang lakukan ialah Umno.

Kini hanya kerana seorang profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan jentik dan kritik sikit saja Sultan Selangor , Umno dan gerombolannya buat laporan polis kerana dianggap derhaka.Lan chow la! Umno kini sembunyi belakang Raja buat-buat wayang kata depalah pembela Raja! Tiew Na Seng! Umno juga pernah tabal raja di tengah padang di Kelantan tapi tak dianggap penderhaka.


Raja dan Sultan dihormati rakyat jika berlaku adil kepada seluruh rakyat .Tapi jika Raja termakan fitnah Umno dan berat sebelah akan disanggah rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan