Melalui email ke dalam blog ini tanpa edit;
Merujuk
kepada kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang juga Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Seri Noh Omar yang mengatakan
bahawa BN Selangor akan merampas Selangor merupakan satu kenyataan
kosong yang tidak berasaskan kepada gerak kerja akar umbi BN Selangor
sebaliknya hanyalah retorik seorang pemimpin yang sudah mula diragui
kepimpinannya oleh pimpinan UMNO di peringkat BN Selangor.
Ini
jelas satu kenyataan untuk menutup kelemahan kepimpinan Noh Omar yang
sudah mula dirasai oleh akar umbi UMNO Selangor kerana gagal untuk
menyatukan UMNO Selangor yang bukan sahaja berpuak-puak , malah saling
tuduh menuduh diantara satu sama lain demi memenangi hati Pengerusi
Perhubungan Negeri UMNO Selangor , Dato Seri Najib Abd. Razak.
Amat
janggal sekali kenyataan yang dibuat oleh beliau.Tidak disahut
langsung oleh pemimpin BN Selangor yang lain. Sudah jelas dan nyata
tiada kesepakatan yang jitu dalam BN Selangor kerana dipercayai segala
penat lelah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam BN
Selangor tidak langsung dihargai oleh Noh Omar. Bak kata pepatah melayu '
Lembu punya susu , sapi dapat nama ' .
Saya tidak mahu mengulas
panjang tentang rungutan bekas Ketua Pembangkang BN Selangor , Dr Khir
Toyo yang menyelar Menteri tertentu yang cuba menamatkan karier
politiknya kerana saya percaya perang dingin beberapa bulan yang lalu
kini sudah meletus menjadi perang besar yang membingungkan ahli UMNO
Selangor dibawah.
Saya ingin nasihatkan Noh Omar supaya jangan
asyik menyalahkan pihak tertentu demi melonjakkan nama kamu sebagai
pemimpin yang kononnya mampu memimpin BN Selangor. Cukuplah saya
membuat pendedahan tentang rintihan seorang peniaga ibu tunggal yang
telah dizalimi oleh pihak kementerian Noh Omar di bawah agensi FAMA
dengan menggantung tapak perniagaannya hanya kerana tidak hadir majlis
yang dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Apakah
politik samseng Noh Omar ini tidak mengira siapa sahaja ? Hatta kepada
ibu tunggal yang terpaksa menyara 3 anak ? Saya tidak akan berdiam
diri dan saya mohon penjelasan segera dalam tempoh seminggu.
Saya
sedia untuk menampilkan bukti kepada dakwaan saya ini dan saya minta
Menteri Pertanian Industri Asas Tani untuk jawab kenyataan saya ini.
Apakah kamu sedia menerima tempelak dari rakyat sebagai seorang Menteri
dari Selangor yang paling tidak berhati perut ?
Hentikanlah
cara politik samseng kepartian kerana dalam berkhidmat kepada rakyat ,
amat tidak wajar rakyat diperlakukan sesuka hati dek kerana kerakusan
kuasa seorang Menteri dalam menentukan punca rezeki seorang peniaga
kecil.
Saya mohon Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani jangan
terlampau ikutkan politik samseng kepartian dalam berkhidmat kepada
rakyat. Jangan dipersalahkan rakyat sekiranya rakyat menolak pemimpin
atau menolak BN Selangor. Sewajarnya rakyat diberi hak mereka , kerana
kita semua hanyalah insan yang diamanahkan untuk memikul beban
kesusahan rakyat. Kalau bukan kerana mereka , mungkin kita tidak ada di
tempat di mana kita berada sekarang. Kesimpulannya , kembalikanlah
semula hak peniaga kecil tersebut atau Noh Omar akan dikenang sebagai
pemimpin yang zalim dalam sejarah Selangor seperti tragedi hadiah
penyapu di Hulu Selangor yang meranapkan BN Selangor pada PRU 12.
SHUHAIMI HJ SHAFIEI
KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR / ADUN SRI MUDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan