Rabu, 20 Januari 2010

Isu Bazar Tok Guru: Kena Dedah Pada Umum-Husam

Isu kebocoran maklumat mensyuarat Bazar Tok Guru diperjelaskan Husam Musa bahawa sepatutnya disiasat tapi terserah pada MB Kelantan kerana beliau saja yang ada kuasa untuk buat keputusan tersebut.

Bernama dalam laporannya menyatakan;

PAS Kelantan berpendapat hanya Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhak untuk membuat keputusan sama ada perlu untuk membuat siasatan dalaman terhadap apa yang didakwa berlaku kebocoran maklumat bersabit kerugian Bazar Tok Guru kepada pihak tertentu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II, Datuk Husam Musa berkata PAS Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan kemelut bazar berkenaan kerana ia tidak berkaitan dengan politik.

"Kita yakin Menteri Besar akan memutuskan perkara itu dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri akan datang dan isu ini membabitkan masalah pentadbiran kerajaan negeri dan bukannya politik.

"Apa pun masalah yang berlaku dalam isu Bazar Tok Guru ini ia mesti didedahkan kepada umum," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di JKR 10 di sini, Selasa.

Hadir sama Nik Aziz yang bagaimanapun keberatan untuk bertemu media atas masalah kesihatan.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata kenyataannya yang sebelum ini meminta kerajaan menyiasat perkara itu adalah berbentuk peribadi.

"Itu cadangan saya sahaja dan terpulang kepada kerajaan negeri bersetuju atau tidak," katanya.

Beliau juga meminta masyarakat perlu memahami isu berkenaan sebelum membuat sebarang kenyataan seolah-olah kerajaan negeri bersalah dalam perkara itu.

"Ia belum jadi kerugian lagi dan kita boleh mendapat kembali RM23 juta jika masalah pembelian lot dapat diatasi sepenuhnya," katanya. Baca di sini

Baca juga
Cah Keting Bayangan Krisis Kepimpinan Kelantan-Bernama
Husam:Pas perlu disiplinkan ahli elak 'cah keting'-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. kat rumah orang haru biru kat rumah kita jangan bagi haru hijau

    BalasPadam