Selasa, 26 Januari 2010

AMK Selangor hantar 'Disneyland' kepada SPRM





Pagi tadi kira-kira jam 11.30 pagi AMK Selangor telah hantar 'rombongan' ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam dengan membawa replika 'Disneyland' sebagai satu 'reminder' kepada SPRM supaya membuka segera kes siasatan dalam isu lawatan Khir Toyo mantan MB Selangor ke Disneyland yang menelan belanja RM 1,863,302 juta dalam tahun 2004. Lawatan itu dikatakan turut membawa anak isteri Khir Toyo beserta pembantu rumah beliau sekali.

Pejabat baru SPRM ialah di Bangunan PKPS berhadapan Hotel Bluewave di Shah Alam. Pejabat lama ialah di Bangunan Plaza Masalam ,tempat kematian Teoh Beng Hock yang mati ketika disiasat SPRM tahun lepas.Punca kematian tidak diketahui hingga sekarang.

Seorang daripada AMK Selangor dalam ucapannya di bangunan PKPS berkata mereka rasa kesal dengan penahanan Pegawai Khas Exco Yaakob Sapari iaitu Hussein Ahmad tanpa sebarang bukti kukuh dan direman 5 hari .AMK mendakwa SPRM tidak buat siasatan terhadap Khir Toyo walaupun ada bukti kukuh dikemukakan dan mempersoalkan kenapa Khir Toyo tidak ditahan dan direman seperti yang dikenakan terhadap Hussein.

AMK Selangor juga memakai telinga ala 'mickey mouse' yang bertulis mengecam SPRM sebagai satu peringatan bahawa SPRM jangan berat sebelah dalam mendakwa mana-mana pihak dan jangan pilih bulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan