Selasa, 26 Januari 2010

Orang Pas Jangan Terpengaruh Dengan Agenda Sulit Zul

Sekarang ni rakyat biasa macam aku ni dah terasa bahang-bahang Pakatan Rakyat akan alami nasib buruk jika terus terima orang macam Zulkifli Nordin dalam Pakatan Rakyat.Orang Pas sendiri terikut-ikut rentak politik Zul yang cuba jadi Hero Islam dalam Pakatan Rakyat.Mereka percaya bulat-bulat apa saja yang Zul sebut tentang isu Kalimah Allah .Mainan politik licik Zul telah berjaya kucar-kacirkan orang-orang Pas supaya membenci Khalid Samad dengan membuat report polis terhadap Khalid Samad.


Tindakan AMK Keadilan yang diketuai Shamsul Iskandar supaya Zul dikenakan tindakan disiplin harus dipuji berbanding sikap berdiam diri Pemuda Pas Pusat dan dan Pemuda Pas Selangor yang jadi ular sawa kenyang hanya berdiam diri tak kata apa bila gambar Khalid Samad dipijak-pijak sedangkan Khalid Samad adalah ahli Parlimen Pas dan Yang Dipertua Pas Shah Alam.Tidak ada sebarang tindak balas daripada Pemuda Pas Pusat seolah-olah mereka rasa puas hati tindakan Zul yang cuba mencelakakan Pas dan Pakatan Rakyat.

Tindakan Zul yang buat report polis itu hanya menguntungkan Umno-Bn dan seolah-olah itulah kerja Zul yang duduk dalam Pakatan Rakyat menjahanamkan Pas dan juga Pakatan Rakyat daripada dalam.Apa beza penulis-penulis upahan Umno dalam dunia Cyber dengan Zul ? Sama saja dengan apa yang dilakukan Zul itu terhadap Khalid Samad.

Mungkin juga orang Pas yang sokong Hasan Ali rasa seronok dengan mainan politik licik Zul itu sebab itu di Selangor Khalid Samad dirasakan macam keseorangan dalam mempertahankan dirinya dalam isu Kalimah Allah.Orang-orang Pas yang pro Hasan Ali rasa seronok dengan mainan politik kotor dan jijik Zulkifli Nordin daripada mempertahankan Khalid Samad daripada parti yang satu bendera dengan mereka.

Kalau zaman Almarhum Fadzil Nor tidak mahu tengok muka Zul kenapa kita terkinja-kinja nak julang Zul itu sebagai wira Melayu-Islam yang penuh dengan gambaran yang salah.Mainan politik Zul yang hanya berani dengan report polis tapi tidak sanggup untuk berhujah dalam isu Kalimah Allah menampakkan tembelang sebenar beliau untuk hancurkan Pakatan dan Pas sendiri.

Kita kena ingat Pas berkocak macam manapun sesama sendiri,berbeza pendapat,berbeza pandangan tak dak pula sampai main-main report polis ni tapi Zul sanggup buat demikian kerana beliau ada agenda yang telah lama dilakukan beliau secara halus dan hari ini tembelang itu telah pecah tapi masih ada orang Pas yang bangang dan pekak terikut-ikut rentak politik Zul itu.Pemuda Pas Selangor dan Pemuda Pas Pusat patut malu dan cubalah buka biji mata luas-luas kepada tindakan AMK Shamsul Iskandar yang berani bersuara supaya Zul dikenakan tindakan disiplin . Yang pasti Pemuda Pas dah jadi ular sawa kenyang dalam isu ini.

Zulkifli Nordin sebenarnya dah terjerat dalam isu kalimah Allah sebab tu dia pusing cerita kata Khalid Samad hina agama Islam dan Sultan kerana pemimpin Umno sendiri benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.Sebenarnya beliau saja cari jalan nak kenakan Khalid Samad dengan isu baru sebab beliau tahu di Selangor penyokong Pas dah berbelah bagi antara Khalid dan Hasan Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan