Khamis, 14 Januari 2010

Altantuya: SPRM Di Pandang Bersih Kalau Berani Kerana Benar

Penemuan bukti terbaru dalam isu kes pembunuhan Altantuya yang akan disiasat hingga ke luar negara oleh SPRM akan menguji kredibiliti badan yang tak dipandang bersih oleh rakyat Malaysia itu.

Lapor Malaysian Insider;

Semalam, Datuk Abu Kassim Mohamed, yang mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak 1 Jan lalu berkata suruhanjaya itu bersedia untuk menemui Balasubramaniam di mana saja walaupun di luar negara untuk mendapatkan keterangannya ekoran pendedahan terbaru mengenai Altantuya menerusi siri rakaman akhir tahun lalu.

Balasubramaniam berada di luar negara sejak lebih setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah kedua mengenai kes wanita Mongolia itu yang dibunuh pada 2006. Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam menafikan akuan bersumpah pertama yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Semalam Abu Kassim menyifatkan Balasubramaniam adalah saksi utama dalam siasatan SPRM.

Bagaimanapun katanya SPRM belum menemui Balasubramaniam lagi setakat ini.

Oleh itu kata beliau, SPRM akan menyediakan segala kemudahan untuk Balasubramaniam membantu siasatan mereka.

Awal bulan lalu Balasubramaniam menerusi peguamnya menyatakan kesediaan untuk memberi keterangan kepada SPRM ekoran pendedahan rakaman temu bual mengenai kes itu.

Dalam surat emel dihantar kepada SPRM, Balasubramaniam mengenakan enam syarat antaranya temu bual dimaksudkan harus dikendalikan di Singapura ataupun London.Baca di sini

SPRM jangan bertindak hangat-hangat tahi ayam bila dah separuh jalan siasatan dihentikan dengan alasan yang hanya dipertikaikan rakyat.Nasib bos baru SPRM akan senasib dengan bekas Ketua Pesuruhjaya yang lama jika hanya sekadar melepas batuk di tangga jika libatkan jerung-jerung besar dalam siasatan mereka.

Rasuah tidak mengenal samaada orang Pas ,Umno dan PKR. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat jika makan rasuah tetap sama dan satu spesis saja jijik dan kotor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan