Khamis, 14 Januari 2010

Umno 'Juara Bapa Angkat'

Umno dengan kempennya 'Umno Juara Rakyat' untuk menang pilihanraya umum pru-13 akan datang telah awal-awal lagi buat persiapan awal terutamanya untuk tawan kembali negeri-negeri yang mereka kalah dalam pru-12 yang lalu.Tumpuan utama Umno ialah negeri paling kaya dalam Malaysia iaitu Selangor.

Umno benar-benar kecewa dan terbeliak biji mata bila Selangor tumbang di tangan Pakatan Rakyat setelah 51 tahun perintah Selangor.Sikap takbur pemimpin Umno semasa berkuasa dulu adalah punca utama kekalahan Umno-Bn di Selangor.Sekarang Umno melipatgandakan usaha hendak ambil kembali negeri yang berharga ini walau dengan apa cara sekalipun. Agenda utama Umno di Selangor adalah porak porandakan Kerajaan Negeri Selangor dengan timbulkan pelbagai isu supaya rakyat terpesong fikiran mereka untuk kembali menyokong Umno-Bn.

Pakatan Rakyat di Selangor dan juga lain-lain negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat kalau tak berhati-hati akan terima nasib malang hanya satu penggal saja berkuasa jika tidak menunaikan
janji-janji pilihanraya yang lalu.Ini sebagai satu peringatan saja. Rakyat Selangor dah nampak perubahan yang dibuat Pakatan Rakyat dan rakyat bijak buat penilaian dalam pru-13 akan datang.

Umno bukan takat buat kempen 'Umno Juara Rakyat' tetapi juga kempen 'Bapa Angkat' kepada Umno Bahagian.Lapor Bernama;

Anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno yang dilantik menjadi "bapa angkat" kepada lima bahagian, setiap satu bahagian di lima negeri berlainan, akan mula turun padang bulan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat selaras program Juara Rakyat anjuran parti itu.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata bahagian "angkat" bagi anggota MT itu diputuskan dalam mesyuarat MT Umno pada 4 Dis lepas.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini Khamis, beliau berkata program Juara Rakyat, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor pada 9 Jan lepas, akan digerakkan di kesemua 191 bahagian Umno pada setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan.

"Contohnya bagi Mac, temanya adalah 'agensi kerajaan'. Kami akan kumpulkan semua agensi kerajaan di satu-satu bahagian, iaitu lebih kurang 30 gerai dalam satu dewan, dan mengadakan 'hari bersama pelanggan'," katanya. Baca di sini

Umno seolah-olah anggap harta kerajaan adalah harta Umno.Kempen ini mungkin berkesan di kampung-kampung pedalaman. Dulu-dulu setiap kali pilihanraya Umno hantar anak-anak angkat pelajar Universiti kerumah-rumah di kampung-kampung untuk jadi tukang kempen Umno.Mereka tinggal dengan mak-mak angkat mereka sebulan dua hingga menjelang pilihanraya.

Umno bukan setakat nak mengUmnokan rakyat Malaysia tapi nak bagi tau kepada rakyat hanya Umno sajalah yang mampu perintah Malaysia satu kepercayaan karut yang boleh bawa kepada Syirik pada Allah.Kalau tak ada Umno Malaysia ni dah bangkrap , kacau bilau,porak poranda dan negara boleh terumbang ambing itu yang Umno mau bagi tau kepada rakyat Malaysia.Melayu pada pandangan Umno hanya mereka yang mampu bela walaupun dah banyak Umno gadai hak-hak Melayu termasuk tanah rezab Melayu.

Dulu anak angkat sekarang bapa angkat untuk sesama Umno pula.Berapa banyak Umno nak angkat kita pun tak larat kira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan