Ahad, 24 Januari 2010

Wang Ehsan: Kerajaan Pusat merampas , mencuri dan menyamun harta Kelantan-Tok guru

MB Kelantan tidak mahu berbincang dan tidak akan hadir untuk bincang wang ehsan yang akan diberi oleh Kerajaan Umno-Bn kepada Kelantan kerana Tok Guru menganggap wang itu tidak sah malah Kerajaan Umno-Bn merupakan pencuri dan penyamun harta rakyat Kelantan.Tok Guru tidak akan benarkan mana-mana pemimpin kerajaan negeri untuk jadi wakil bincang wang ehsan. Kata Tok Guru dalam laporan Berita Harian Online;

"Kalau hendak memberi wang ihsan, tak perlu berunding la, saya tidak akan menerima wang ihsan itu. Saya akan beritahu kepada rakyat Kelantan, pusat (Kerajaan Pusat) merampas, mencuri dan menyamun harta Kelantan.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (dalam jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu," katanya kepada pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di JKR 10, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, wang yang dinikmati oleh Kerajaan Pusat ketika ini adalah hasil tuah bumi Kelantan, bukannya dari Putrajaya.

Oleh itu, katanya, wang hasil pengeluaran minyak itu mesti disalurkan terus kepada kerajaan negeri, bukannya secara kepada rakyat Kelantan kerana negeri ini mempunyai kerajaannya sendiri.

"Dia (Kerajaan Pusat) beri kepada rakyat Kelantan, apakah rakyat negeri ini tidak ada kerajaan? Ini semua cakap bohong, putar belit Kerajaan Pusat yang terlampau bertuhankan duit. Tanpa duit, macam tidak boleh hidup," katanya.

Beliau mendakwa, sekiranya Kerajaan Pusat mahukan minyak dalam kawasan Kelantan itu, mereka boleh memintanya daripada kerajaan negeri.

"Kita (kerajaan negeri) boleh beri secara ihsan, bukannya Kerajaan Pusat beri ihsan kepada kami. Kami (Kelantan) akan beri ihsan kepada kerajaan pusat," katanya.Baca di sini

Berkaitan

Kelantan tolak lantik wakil pantau wang ehsan-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan