Isnin, 11 Januari 2010

ISA

Lapor Utusan Malaysia Online;

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersetuju Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan jika langkah tersebut mampu membendung menularnya perbuatan menyerang gereja dan surau.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, ISA wajar digunakan jika langkah tersebut didapati berkesan dalam mengembalikan semula keamanan dan ketenangan di negara ini.- ISA Wajar Digunakan

Sementara dalam berita yang lain Utusan juga melaporkan;

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang cuba membakar rumah ibadat.

Menurut mereka, tindakan itu wajar dilakukan bagi menjamin keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini berkekalan.-NGO Desak Kerajaan Guna ISA

Aku tak sokong ISA tapi sementara belum dihapuskan dan memang tak akan dihapuskan ini eloklah pencetus-pencetus api perkauman yang terkinja-kinja dan melolong-lolong tu termasuk NGO _NGO yang naikkan semangat Melayu ditangkap dan ditahan di Kamunting.Merekalah pencetus provokasi nombor wahid di Malaysia. Setelah jadi kelamkabut mereka jugalah nak pi jaga Gereja-gereja supaya tak di bom dan di bakar.Merekalah yang bertanggungjawab semua ini.

Baca ISA Pilihan Terakhir-Utusan Malaysia Online



Tiada ulasan:

Catat Ulasan