Rabu, 20 Januari 2010

Bakar Gereja: 8 Ditahan

Lapor Malaysian Insider;

Lapan suspek termasuk dua beradik dan bapa saudara mereka ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan kejadian membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini awal pagi 8 Jan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata mereka ditahan di sekitar kawasan Polis Daerah Sentul antara malam tadi dan awal pagi ini.

Salah seorang suspek, yang berusia 21 tahun, ditahan di sebuah hospital di ibu negara selepas dia menerima rawatan kesan kebakaran pada dada dan tangan, kata Bakri.

Kesan itu dipercayai dialami ketika serangan ke atas gereja itu.

Katanya, tujuh yang lain ditahan di beberapa kawasan di Lembah Klang selepas penahanan pertama.

Tiga suspek termasuk yang cedera itu mempunyai hubungan kekeluargaan - dua beradik dan seorang bapa saudara. Mereka bekerja sebagai kerani perkhidmatan penghantaran.Baca lanjut di sini

Berkaitan

Lapan lelaki ditahan berhubung kebakaran Gereja-Bernama

Umno cetus isu 'Allah' untuk 'musnah' Pakatan-Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan