Khamis, 21 Januari 2010

Rombak JAIS Dan MAIS- Khalid Samad

Desakan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor dirombak memang patut dilakukan. Sepatutnya perkara ini dilakukan sejak Pakatan Rakyat mula-mula ambil alih negeri Selangor sejak Mac 2008 lagi.Banyak perkara yang dilakukan Jais dan Mais bertentangan dengan dasar yang bertentangan arah pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Setiap tindakan mereka diperjelaskan dengan menjadikan alasan Sultan sebagai Ketua Agama Islam untuk mengiakan apa saja yang mereka buat.

Otak mereka yang berkuasa di dua agensi agama Islam itu masih lagi dijajah oleh pemikiran Umno walaupun mereka menafikannya bahawa tidak dipengaruhi Umno.Nafi semua orang boleh nafi hakikatnya mereka tidak ikhlas apabila kerajaan negeri bertukar tangan.Otak mereka tidak merdeka daripada memikirkan hanya Umno saja yang layak mereka dengar cakap. Mereka sanggup berdemontrasi atas nama Jais dan Mais agensi kerajaan negeri dan membelakangkan kerajaan negeri dalam isu kalimah Allah tanpa mengkajinya terlebih dahulu.Sedangkan dalam masa yang sama Menteri DiJabatan Perdana Menteri mengizinkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan .Nak demontrasi tak salah tapi adakah pernah selama ini di Selangor dibuat demontrasi atas nama JAIS dan MAIS. Ini yang dipertikaikan.

Malaysian Insider melaporkan;

Wakil Rakyat Pas itu berkata ke arah penilaian kembali sesuatu pendirian dan pendekatan, beliau berkeyakinan masanya telah tiba untuk “ulama-ulama” yang selama ini dipinggirkan oleh pentadbiran lama atas sebab kepentingan politik mereka, diberi peluang dan kedudukan yang sewajarnya dalam institusi keagamaan negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baru.

“Mungkin dengan itu akan ditangani semua persoalan dengan lebih baik dan bertanggungjawab,” kata beliau di sini hari ini.

Sambil menjelaskan kepimpinan semasa kedua-dua Jais dan Mais dilantik oleh pentadbiran lama pimpinan Umno-BN yang memerintah sehingga Mac 2008, “mereka tidak gembira dan tidak memberikan kerjasama penuh kepada pentadbiran semasa.”

“Mereka bertindak dengan bebas,” kata beliau kepimpinan kedua-dua agensi itu bercanggah pendirian dengan kerajaan negeri.

Oleh kerana mereka tidak memberikan kerjasama yang baik, tegas Khalid, kepimpinan Jais dan Mais perlu diubah.

“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,” katanya.Baca di sini

1 ulasan:

  1. Saya menyokong penuh hasrat Khalid Samad untuk memperbetulkan semula halatuju MAIS dan JAIS. Yang jelas kelihatan pada waktu ini hanyalah seperti berikut:

    1. Remaja2 Islam semakin rosak.
    2. Agama2 lain sudah berani mempersoalkan Islam.
    3. Konsistensi dalam pentadbiran tidak selaras dan tidak jelas.
    4. Aktiviti2 yang memperjelaskan Islam kepada bangsa lain tidak ada, justeru banyak kekeliruan berlaku.
    5. Orang sudah tidak hormat Islam lagi.

    Bahkan pihak Istana juga harus memberi restu hasrat ini supaya Islam tidak menjadi 'Second Class Religion'. Tolonglah jangan jadikan Islam sebagai juadah politik.

    BalasPadam