Isnin, 25 Januari 2010

Biarkan Zulkifli Terjun Dengan Labu-Labunya

Kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat sedang memikirkan apa yang patut dibuat kepada YB Zul Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang membuat report polis terhadap rakannya daripada Pas Khalid Samad kononnya Khalid telah menghina Sultan dan agama Islam kerana Khalid meminta supaya enakmen undang-undang Islam di Selangor dipinda dan juga isu Kalimah Allah yang hangat diperkatakan semua pihak.

Zul terlebih laju dan deras daripada Pas sendiri dalam isu Kalimah Allah dan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Kalimah Allah hanya untuk orang Islam saja,nada yang sama dengan orang-orang Umno yang ditipu bulat-bulat oleh pemimpin Umno sendiri. Orang-orang Umno tolak kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam tapi pemimpin Umno benarkan kalimah Allah boleh guna di Semenanjung di beberapa negeri dan juga di Sabah /Sarawak.Tindakan Umno dan Ngo yang berkeriau mahu pertahan kalimah Allah sudah jadi umpama menyepak angin saja bila pemimpin Umno sendiri kata orang Kristian boleh guna Kalimah Allah.

Zulkifli sekarang di sebelah pihak mana? Suaranya hanya menguntungkan Umno yang mahu agar pemimpin Pakatan Rakyat berpecah belah yang sudah tentu tindakan Zul itu menguntungkan Umno.

Penyelaras Pakatan Rakyat ,Zaid Ibrahim berkata;

"Jika dia berkata cadangan pindaan undang-undang adalah salah, ia adalah okay. Tetapi apabila dia membuat laporan polis, tindakan itu satu bentuk ugutan,” katanya pada sidang media.-Malaysiakini baca di sini

Timbalan Presiden PKR pula berkata;

"Beliau (dilihat) tidak bercadang hendak selesaikan masalah, sebaliknya menggunakan isu ini untuk kepentingan diri. Dan secara sengaja atau tidak sengaja, telah membantu Umno," kata Dr Syed Husin.

"Tindakan melalui blog atau media yang dilakukan Zulkifli bukanlah kali pertama. Ini perkara yang serius," tambahnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Husin mempersoalkan tindakan Zulkifli itu kerana menurutnya, perkara itu tidak pernah disuarakan melalui saluran dalaman apabila berpeluang.

"Bila ada perbincangan dalaman (berhubung isu Allah), Khalid (pun) datang, lebih kurang 100 peserta hadir, (tetapi) beliau (Zulkifli) tidak cakap sepatah pun," katanya.Baca di sini

Anwar Ibrahim mengulas perkara yang sama berkata;

“Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata Anwar.-Malaysiakini.

Apa lagi Zul, kalau dah rasa PKR dan Pakatan tak sesuai lagi dengan jiwa anda, parti mana pula yang Zul nak sertai?Anda sekarang sedang keseorangan jangan sampai dah lemas baru nak minta tolong.Yang pasti apa yang Zul buat telah menguntungkan Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan