Khamis, 28 Januari 2010

Wang Ehsan Tak Berkat- Ketua Penerangan Pas Pusat

Ustaz Idris Ahmad berkata salah satu punca punca projek pembangunan di Trengganu yang buat projek guna duit ehsan hasil minyak yang dibayar Kerajaan Umno -Bn runtuh adalah kerana hasil duit yang diperolehi itu tak berkat dan beliau menggesaKelantan jangan ikut langkah Trengganu jika mahu selamat daripada bala duit ehsan itu. Pendek kata duit ehsan itu akan bawa bala pula ke Kelantan negeri yang bergelar Serambi Mekah.

Kata Ustaz Idris dalam blog beliau;

PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN.

Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.

Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang.

Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.

Inilah bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.

PAS berharap momento tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka. Baca penuh di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan