Isnin, 18 Januari 2010

Kalimah Allah Bukan Hak Umno

Setelah Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah dalam Bahasa Melayu oleh orang yang beragama Kristian , terkini di Semenanjung pula boleh guna Kalimah Allah iaitu di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan bagi masyarakat yang beragama Kristian.

Tak pa lah depa nak guna-guna pilah tapi harus ditegaskan bahawa Allah itu satu,tidak ada dua tiga dan tidak pula beranak dan diperanakkan. Allah itu Esa. Tu yang penting dan wajib dipercayai.

Tadi seorang Cina bukan Islam tanya aku, "nama Allah tu sapa yang bagi"? Aku cakap, "Allah"! Dia tanya aku pula "Tuhan Allah atau Allah tu Tuhan"?Aku jawab "Allah satu saja kalau banyak tu bukan Allah. Berapa banyak u punya Tuhan ada saya tak boleh percaya , saya percaya hanya kepada Allah yang satu". Aku cakap kat Cina tu yang cuba nak mengetahui tentang Islam dalam Quran ada sebut La ila ha illallah( Tiada Tuhan Melainkan Allah).-Wallah hu a'lam

Lapor Malaysian Insider;

Masyarakat bukan Islam di tiga negeri dan Wilayah Persekutuan kini boleh menggunakan kalimah “Allah”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Minggu lalu, beliau berkata kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan dalam bahasa kebangsaan.

Dengan itu mereka di Pulau Pinang dan Wilayah-wilayah Persekutuan juga boleh menggunakan kalimah “Allah” yang menjadi kontroversi sekarang.

Pendirian itu difahamkan berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Baca di sini

Apa agak-agak komen orang Umno bila pemimpin mereka kata Kalimah Allah boleh guna pula di Semenanjung ,minggu lepas kata hanya di Sabah dan Sarawak?Bila pemimpin Umno kata boleh guna adakah mereka juga peliwat agama seperti yang dituduh kepada pemimpin Pas?Inilah sikap 'double standard' sekejap boleh sekejap tak boleh.

Nampak macam Umno saja yang boleh tentukan perkataan 'Allah' itu boleh guna dan tak boleh guna di kalangan orang bukan Islam tapi kalau pemimpin Pas kata perkataan 'Allah' boleh guna untuk orang bukan Islam mereka dituduh sebagai penjual agama, Pas dah liberal tak ekstrem lagi dalam hal hal agama, pelacur agama tapi kalau libatkan pemimpin Umno buat apa, keputusan apa pun tak pa tak ada tentangan macam lembu kena cucuk hidung mereka tak berani bersuara.Akan adakah orang Umno nak demontrasi kecam Datuk Mohamed Nazri bila Datuk Nazri kata kalimah 'Allah' boleh guna di Semenanjung pulak oleh orang yang beragama Kristian?

Berkaitan
TPM: Kerajaan tidak akan tarik balik rayuan kes 'Allah'-Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan